Khamis, 13 Jun 2024

KESAN HARI DISEL


Bahan binaan, sayuran juga tidak terlindung dari kesan domino lonjakan diesel

Selepas pembekal dan pemborong dan pengusaha kedai makanan membayangkan mereka tiada pilihan tetapi menaikkan harga ekoran lonjakan harga diesel, kini kos pembinaan juga dijangka mengalami kenaikan dan bakal dipindahkan kepada pengguna.

Ia ekoran keputusan kerajaan untuk mengecualikan lori jenis "tipper" daripada mendapat subsidi, ekoran kenaikan harga diesel ke paras RM3.35 seliter sejak Isnin.

Langkah itu dipersoalkan sebuah persatuan mewakili pengusaha lori komersial di Johor yang tertumpu kepada bahan binaan.

Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Johor yang mewakili lebih 100 pengusaha lori berkata mereka kini tiada pilihan tetapi menaikkan harga untuk mengelak kerugian daripada kos diesel yang tinggi.

Presidennya Frankie Chia berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan untuk tidak memberikan subsidi kepada lori tipper.

"Kita tanya mereka, apakah sebab lori tipper tiada dalam kategori yang mendapat subsidi? Mereka katakan subsidi ini hanya untuk pengangkutan barangan asas yang diutamakan. Jadi lori tipper dalam kategori industri pembinaan tidak layak," kata Chia kepada MalaysiaNow.

Lori tipper, yang membolehkan muatan diturunkan dengan menaikkan bahagian belakang, biasanya digunakan untuk mengangkut bahan binaan seperti pasir, simen dan batu-bata, di samping sisa bahan buangan dan barangan kitar semula.

Keputusan mengecualikan lori jenis ini daripada subsidi bakal menyaksikan lonjakan harga dalam sektor pembinaan, di mana beberapa pembekal lain sudah pun memberi notis kepada pengguna akan kenaikan harga.

Pada hari sama harga baru diesel berkuatkuasa, beberapa pemborong dan pembekal barangan perkakasan (hardware) di Kuala Lumpur berkata mereka terpaksa menaikkan harga barangan disebabkan syarikat yang menyediakan khidmat pengangkutan lori menaikkan caj sebanyak 25%.

Manakala sebuah lagi pembekal barangan konkrit dan simen di Kuantan berkata pihaknya memutuskan untuk menaikkan sebanyak RM12 bagi penghantaran setiap meter padu simen bancuh bagi jarak tidak melebihi 30km.

Chia berkata pihaknya tidak dapat memperincikan kenaikan yang bakal dikenakan.

"Ia berbeza-beza mengikut syarikat dan bergantung kepada lokasi," tambahnya.

Chia mempersoalkan pihak kerajaan yang meminta perniagaan tidak menaikkan harga ekoran keputusan menamatkan subsidi pukal untuk diesel.

Katanya, menteri yang bertanggungjawab perlu melihat sendiri realiti di lapangan.

"Menteri janganlah duduk dalam bilik. Turun padang. Kalau perlu, kita bagi dia duduk dalam lori dan pandu, bagi dia rasa sendiri," katanya.

MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan respons daripada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kenaikan kos untuk lori tipper hanyalah sebahagian daripada siri kenaikan harga dalam sektor logistik dan pengangkutan, yang hampir semuanya menggunakan diesel, menyebabkan kesan domino yang mengakibatkan harga perkhidmatan dan barangan runcit turut naik.

Siri kenaikan harga yang diumumkan minggu ini oleh pelbagai sektor juga bercanggah dengan jaminan Menteri Kewangan II Amir Hamzah yang harga barangan tidak akan naik susulan kenaikan harga diesel.

Kerajaan berkata peniaga tidak perlu menaikkan harga kerana boleh menuntut gantirugi RM200 melalui program Budi Madani sekiranya layak, di samping program fleet card untuk syarikat logistik yang besar.

Maklumat tak jelas, subsidi tak cukup

Pengusaha lori Muhammad Zulhilmi Abdul Latif dari Ipoh, Perak masih belum tahu sama ada subsidi yang diberikan mencukupi.

Zulhilmi yang memiliki dua buah lori berkata permohonannya untuk program fleet card sudah lulus di peringkat kementerian.

vegetable_20230706_mnowPermohonan untuk kad tersebut dilakukan dengan syarikat minyak.

"Macam saya, saya mohon dengan Shell dan sudah dua minggu menunggu kelulusan syarikat.

"Kad itu pun bergantung kepada akaun syarikat pemohon. Jika akaun kukuh, kemungkinan akan dapat lebih sedikit. Jadi saya tidak tahu berapa kuantiti diesel yang diluluskan syarikat minyak kepada saya kelak," katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman rakan-rakan syarikat kurier, Zulhilmi berkata subsidi diberikan tidak mencukupi.

Menurutnya, anggaran penggunaan dieselnya adalah sekitar 50 ke 150 liter sehari, bergantung kepada jarak perjalanan.

Zulhilmi menggunakan lori untuk menghantar jagung, selain menyediakan perkhidmatan menunda motosikal dan mengangkut barangan rumah. 

Kini, dia terpaksa menaikkan kadar kepada RM3.50 untuk setiap km berbanding RM2.50 sebelum ini.

Sementara itu, ramai peniaga memberitahu MalaysiaNow yang mereka masih tidak jelas tentang program fleet card.

Lau Sai Hoong yang mewakili operator pengangkutan sayur-sayuran berkata ketiadaan maklumat itu menyebabkan mereka tidak dapat menjamin harga semasa dapat dikekalkan. 

"Kerajaan sampai ke hari ini tidak memberi maklumat terperinci. Tidak disebut dengan tepat berapa jumlah subsidi yang kami layak. Kita masih dalam situasi tidak menentu," Lau, yang juga pengerusi Persatuan Tuan Empunya Kenderaan Sayur-Sayuran Cameron Highlands, memberitahu MalaysiaNow.

Pada masa ini, RM150 dikenakan untuk menghantar satu tan sayur-sayuran dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur. 

Lau berkata antara cabaran pengusaha pengangkutan sayuran ialah mereka perlu meneruskan perjalanan walaupun muatan tidak penuh.

"Orang luar kata kami boleh mendapat RM1,500 jika membawa 10 tan sayur dengan lori kami. Realitinya tidak begitu. 

"Kami tetap perlu teruskan perjalanan walaupun muatan tidak penuh kerana sayur adalah bahan yang mudah rosak," tambahnya.

WOIT

BILA RON95 NAIK

APA AKAN JADI ?

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: