Khamis, 13 Jun 2024

KES DI LUAR TABII





Faisal Halim sanggup tamatkan kerjaya bola sepak

PEMAIN bola sepak negara Faisal Halim hari ini mendedahkan beliau sanggup menamatkan kerjayanya dalam bola sepak susulan serangan asid terhadapnya pada 2 Mei lalu.

Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey, menangis ketika bercerita tentang insiden itu yang digambarkan sebagai sangat teruk dan menakutkan.

“Saya sangggup hilang gaji puluhan ribu ringgit asalkan keluarga saya selamat.

“Saya tidak kisah saya sanggup hilang gaji, balik kampung untuk hidup dengan tenang,” katanya pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, hari ini.

Ini adalah kemunculan pertamanya di khalayak umum selepas serangan itu.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata Timbalan Presiden Selangor FC Shahril Mohktar yang mengubah fikirannya untuk terus berjuang.

“Saya cakap kepada Datuk Seri (Shahril) yang saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola sepak asalkan saya selamat, keluarga saya semua selamat.

“Namun, Datuk Seri beritahu saya, beliau beri jaminan keselamatan saya dan keluarga. Ketika itu saya kembali bersemangat untuk teruskan bermain bola sepak kembali,” katanya.

Shahril dan beberapa pegawai kelab turut hadir bersama Faisal pada sidang media itu.

Proses sembuh ambil masa enam bulan

Faisal berkata beliau tidak pasti bila akan kembali ke padang tetapi doktor memberitahu beliau memerlukan tiga hingga enam bulan untuk sembuh sepenuhnya.

“Saya tidak sabar untuk kembali, saya sudah mula latihan berbasikal di rumah untuk kembalikan kecergasan. Datuk Seri (Shahril) juga terkejut dengan perkembangan saya. Apa yang saya mahukan adalah kembali sihat,” katanya.

Berkenaan serangan asid itu, Faisal berkata beliau mahu melupakan semuanya dan teruskan hidup.

“Ia (serangan asid) sangat menyakitkan, tidak tertanggung rasa.

“Orang kenal saya sebagai orang yang peramah dan tidak ada masalah dengan sesiapa. Saya tidak tahu kalau saya ada musuh.

“Mungkin saya perlu sombong atau tidak peramah sangat selepas ini. Mungkin sebelum ini saya terlalu baik dengan semua orang,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Faisal berkata beliau tidak mahu lagi hidup dalam ketakutan.

“Saya tinggal di lokasi rahsia selepas keluar dari hospital. Saya tidak boleh hidup begitu. Berapa lama perlu saya hidup dalam ketakutan.

“Saya tidak mahu hidup dalam ketakutan sebab apa yang berlaku kepada saya adalah di luar jangkaan dan tidak boleh terima,” katanya.

Tiada perkembangan terbaru tentang kes

Sementara itu, Faisal berkata polis belum memaklumkan tentang perkembangan kes itu kepadanya, atau kepada kelab berkenaan status siasatan.

Polis sebelum ini ada menyiarkan fotofit suspek yang menyimbah asid kepada Faisal, tetapi tiada penahanan dibuat setakat ini.

Pemain Terengganu FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid menjadi mangsa serangan pertama apabila dirompak di Kuala Terengganu pada 2 Mei. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Kemudian diikuti Faisal yang disimbah asid di luar sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. Insiden berikutnya membabitkan pemain JDT Safiq Rahim yang juga pemain pasukan bola sepak negara, di mana cermin keretanya dipecahkan oleh dua lelaki di Johor Bahru pada 7 Mei. – 13 Jun, 2024.


INI KES JENAYAH

POLIS MASIH

BELUM BERJAYA

DAKWA SAPA SAPA

AMIN

RAKYAT TAKUT

KES INI PADAM

BAGITU SAJA

HILANG SENYAP

AMIN

JADI KES

DILUAR TABII

KHALAS

Tiada ulasan: