Khamis, 13 Jun 2024

HIZBULLAH MELAWAN BALAS



Israel diserang, lebih 90 roket

 dilepaskan dari Lubnan

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa lebih 90 roket dilepaskan dari Lubnan ke utara Israel pada Rabu, selepas serangan rejim Zionis membunuh seorang komander kanan Hizbullah di selatan Lubnan pada hari sebelumnya.

"Lebih 90 roket dikenal pasti melintasi Lubnan," kata tentera dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa beberapa daripadanya berjaya dipintas, tetapi yang lain terkena di Israel utara yang mencetuskan kebakaran di beberapa kawasan.

Kumpulan pejuang Lubnan Hizbullah menyerang hampir setiap hari merentasi sempadan Israel sejak sekutu Palestinnya, Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, mencetuskan perang di Gaza.

Memandangkan ketegangan meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa serangan roket mencetuskan kebakaran di kedua-dua sempadan

Serangan terbaru dari Lubnan berlaku selepas serangan Israel membunuh seorang komander kanan Hizbullah pada Selasa.

Hizbullah mengenal pasti komander itu sebagai Taleb Sami Abdallah, juga dikenali sebagai Abu Taleb dan dilahirkan pada 1969.

Sumber tentera Lubnan berkata, komander itu adalah 'yang paling penting dalam Hizbullah untuk dibunuh sejak permulaan perang'.

Sumber itu juga berkata, serangan Israel melanda bandar Jouaiyya, kira-kira 15 kilometer dari sempadan dan turut membunuh tiga orang.

HIZBULLAH LAWAN

BALAS

AMIN

BUKAN JUAL

HARTA NEGARA

PADA BLACKROCK

ZIONIS YAHUDI

KHALAS

Tiada ulasan: