Khamis, 13 Jun 2024

NASEHAT IMF DAN BANK DUNIA


Kerajaan perlu kurangkan subsidi RON95 menjelang 1 Julai, kata bank


PUTRAJAYA perlu melaksanakan program rasionalisasi subsidi untuk RON95 secepat mungkin bagi membolehkan ia mencapai sasaran simpanan seperti ditetapkan dalam Bajet 2024.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata kerajaan perlu menaikkan harga RON95 sebanyak 32 sen seliter bermula 1 Julai bagi mencapai sasaran itu.

“Kenaikan 10 sen seliter petrol RON95 mampu menjimatkan RM2.5 bilion subsidi untuk setahun penuh dengan mengandaikan kenaikan diimbangi bantuan tunai bulanan kepada penerima yang layak seperti mana penyasaran subsidi diesel.

“Maka, simulasi Maybank Investment Bank menunjukkan harga petrol RON95 perlu dinaikkan 32 sen seliter atau 15.6% bermula pada 1 Julai, 2024 untuk kerajaan mendapatkan penjimatan sebanyak RM4.1 bilion lagi – menggenapkan sasaran pengurangan perbelanjaan subsidi RM11.5 bilion dalam Bajet 2024,” katanya.

Ketua Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata jika penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pada 1 Oktober, 2024, harga petrol RON95 perlu dinaikkan sebanyak 65 sen seliter atau 31.7% bagi membolehkan mencapai penjimatan RM4.1 bilion pada suku keempat 2024.

“Lebih cepat ia berlaku, semakin kurang harga yang perlu dinaikkan, jika matlamat adalah untuk mencapai sasaran simpanan ditetapkan dalam Bajet 2024,” katanya.

Rasionalisasi subsidi bahan api di Malaysia bermula dengan penarikan semula subsidi untuk diesel, dengan harga jualan diesel B10 dan B20 di semenanjung dinaikkan kepada RM3.35 seliter bermula 10 Jun.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata langkah itu menyakitkan tetapi ia perlu bagi menyelamatkan negara.

Pada Bajet 2024, Putrajaya menyasarkan simpanan RM11.5 bilion daripada perbelanjaan subsidi tahun ini.

Setakat ini, kerajaan berjaya mencapai simpanan RM7.4 bilion, termasuk RM4 bilion daripada pengubahsuaian subsidi elektrik dan RM1.2 bilion daripada pemansuhan subsidi ayam.

Suhaimi berkata pengurangan sebanyak RM2.2 bilion lagi adalah daripada penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun 2024, iaitu jumlah pro-rata berbanding RM4 bilion yang boleh dicapai bagi setahun penuh.

Beliau bagaimanapun berkata soal bila harga petrol RON95 akan dinaikkan bagi tujuan penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya adalah “keputusan politik”, dan kerajaan mempunyai kata putus mengenai kuantum dan masa sebenar pelarasan harga RON95.

Beliau berkata kerajaan juga boleh menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang disasarkan.

Katanya, ini kerana dividen tambahan daripada Petronas boleh menampung andai RM4.1 bilion yang diperlukan bagi mencapai sasaran Babjet 2024 tidak diperoleh sepenuhnya. – 11 Jun, 2024.
IKUT

HAPUSKAN

SABSIDI  DASAR IMF

AMIN

IKUT CAKAP 

IMF & BANK DUNIA

AMIN

PASAI APA?

KENAPA?

ADA APA APA?

KAH KAH KAH

SUDAH KENA

PAU KA ?

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: