Ahad, 2 Jun 2024

PUKUL OKU - SATU JENAYAH !!!



Kes jenayah tidak boleh ‘diselesaikan cara baik’, kata ahli Parlimen


SEORANG ahli Parlimen yang juga peguam berkata tidak ada “kes diselesaikan cara baik” dalam undang-undang jenayah, merujuk kepada kes serangan terhadap pemandu e-hailing pada Isnin lalu.

Hassan Karim berkata apabila laporan polis dibuat, ia dipanggil laporan maklumat pertama, atau ringkasnya FIR.

“Sebaik saja polis terima laporan itu, dan jika serangan fizikal berlaku, ia adalah kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Tugas polis untuk panggil pelaku untuk disiasat.

“Polis juga perlu menghantar mangsa ke hospital awam berhampiran untuk diperiksa kecederaannya,” katanya di Facebook.

Siasatan perlu dibuka dan polis mesti mengambil keterangan pelaku mengikut Seksyen 122 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

“Jika siasatan diambil lebih 24 jam, maka pelaku perlu direman mengikut Seksyen 117 CPC, dengan polis membawa suspek di hadapan majistret atau balai polis untuk mendapatkan perintah reman,” katanya.

Hassan berkata kes tidak boleh “diselesaikan” hanya kerana mangsa membuat laporan polis berkata demikian.

“Apa yang penting ialah laporan polis yang pertama sudah dibuat,” katanya.

Beliau berkata “kes diselesaikan cara baik” merujuk kepada kesalahan tort di mana mangsa tidak berniat mengambil tindakan sivil berhubung insiden itu.

“Namun, kesalahan jenayah adalah bidang kuasa polis.

“Walaupun mangsa kemudian tarik balik laporan, atau membuat laporan polis kedua berkata kes itu diselesaikan, dari sudut undang-undang, ia tidak menghentikan tindakan polis.

“Ini adalah kedudukan undang-undang di bawah kedaulatan undang-undang di Malaysia.”

Beliau berkata di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat adalah sama di depan undang-undang dan tidak kiralah siapa pelakunya.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Hassan berkata di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat termasuk individu OKU dijamin kebebasannya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata siasatan terhadap tuduhan serangan itu masih dijalankan walaupun laporan awal mengatakan kes itu “selesai” selepas mangsa dikatakan menerima RM800 daripada wakil pelaku.

Pelaku terbabit dikatakan ada kaitan dengan Tunku Mahkota Johor. – 1 Jun, 2024.

INI JENAYAH

MANA BOLEH

SELESAI

AMIN

WAJIB BAWA

KE MAHKAMAH

AMIN

NEGARA INI

ADA HUKUM HAKAM

TAK KIRA SAPA

BUAT JENAYAH

WAJIB DI DAKWA

AMIN

CONTOH NAJIB

BEKAS PM

TIDUR DALM JIL

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari semakin teruk pasukan sekarang, bawa masuk anak beranak bawa masuk kaum kerabat bawa masuk kroni, bagi tempat baik mudah cari wang kiri kanan, semuanya bermula dari kepala, kampung ketua tetapi tidak pernah bertanggungjawab sedikit pun, asal kedudukan terjamin dengan membodek kaum kerabat pemimpin politik sampai anak didik semuanya hancur berkecai di bawah, kalau ada sedikit kecerdasan sudah pasti pasukan akan baik baik, walaupun apa saja cakap buruk Rahim Noor tetap seorang pemimpin sejati keras menghargai warga kerja keras bertanggungjawab sebagai pemimpin terulung pasukan amin, sekarang ini setiap hari orang biasa sampailah tiada pendidikan pun ketawa melihat lawak jenaka mereka diatas sana, seronok selesa sedap duduk kerusi mewah, bawa kereta mewah senang lenang sampai lupa akar umbi punca kejayaan mereka sekelian kah kah kah kalau cakap betul cakap benar mungkin jadi kesalahan sekarang amin

panglimo potaseh berkata...

Kato seekor Pemikir Kapir Laknat .. Di akhir zaman Dunio ni hanyo tinggal ompek Rajo sahaja. Dunio akan menuju koarah kesaksamaan sejagat tak do kayo takdo miskin.
Somacam Kanada dan Skanidavia hari ni .. hasil nogaro di masukkan pado tabong rakyat .. somuo dapek kogumbiraan .. hanyo Allah yg lebih tahu.