Khamis, 5 Jun 2025

KEMPEN KETUA MCA BERJAYA !!!




Syarikat, peniaga makanan boleh terus guna gas LPG subsidi tanpa permit sehingga pindaan peraturan - Armizan


PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan syarikat dan perniagaan makanan serta minuman mikro dibenar terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi biarpun tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Perkara demikian dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali, sambil menjelaskan ia dibenarkan sehingga pindaan baharu kepada Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) dimuktamadkan dijangka Oktober depan.

"Mesyuarat Kabinet hari ini sudah setuju dengan syor kita (KPDN) supaya peraturan ini (Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) itu dipinda.

"Pindaan ini dijangka dapat kita muktamadkan sebaik saja Ops Gasak selesai pada 31 Oktober 2025. Jadi peniaga makanan dan minuman boleh terus guna tong gas LPG ini sehingga pindaan peraturan baru dimuktamadkan nanti," katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, teras kepada pindaan yang akan dibuat nanti adalah mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar.

Selain itu katanya, sesi libat urus dengan pelbagai pihak akan dilaksanakan bagi mengumpul pandangan, sekali gus bertujuan mewujudkan kejelasan undang-undang untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaannya kelak.

"Jemaah Menteri juga bersetuju dengan syor supaya semakan dan pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) KPDN dan turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan selain mendapatkan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh," katanya.

Terdahulu beliau berkata, syor itu dibuat kementeriannya supaya dilaksanakan pindaan ke atas PPKB (Pindaan) 2021 yang sebelum ini sudah diluluskan oleh pentadbiran kerajaan lalu dan sudah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

"PPKB (Pindaan) 2021 itu menetapkan sekatan had kepada peniaga bagi pemilikan dan penggunaan LPG melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa yang memerlukan kepada PBKB," katanya.

Dalam pada itu, Armizan menyatakan OPS GASAK akan diteruskan untuk membendung aktiviti haram iaitu pemindahan gas dari tong bersubsidi kepada tidak bersubsidi selain penggunaannya oleh industri.


TAHNIAH

WEE KA SIONG

PEMIMPIN MCA

YG MENIMBULKAN

KES GAS SABSIDI

AMIN

HARAP MCA

AKAN TERUS 

BERSAMA RAKYAT

BUKAN BERSAMA

CUKONG

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan nak buat peraturan baharu pun pakai lah sedikit otak, bukan setakat bercakap tanpa berfikir dahulu, apa sebab mahu laksana? Mana berlaku kebocoran ketirisan apa rasional tindakan baru betul, ini orang politik semakin dayus pemikiran, dahulu kala pemimpin tidak begitu, tidak cepat melatah tidak cepat meroyan tidak cepat terburu-buru kah kah kah inilah tahap pencapaian akademik A sekarang, belajar tinggi-tinggi tetapi otak jarang guna sangat, tak pakai logik akal tak pakai naluri sentimen perkauman sensitif dan isu rakyat kah kah kah semakin maju semakin mundur otak perasuah negara semuanya kah kah kah