Selasa, 8 Julai 2025

PEGUAM WAJIB TURUN KE JALAN RAYA


Saranan RCI: Peguam tak setuju penjelasan AGC

Sekumpulan peguam tidak berpuas hati dengan sikap ditunjukkan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memperkecil kebimbangan terhadap isu perundangan yang dibimbangi mengulangi skandal yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu.

Bercakap kepada Malaysiakini, mereka menyatakan kebimbangan terhadap jawapan AGC berhubung dakwaan bahawa ada seorang hakim Mahkamah Persekutuan terlibat dalam campur tangan kehakiman.

Peguam, Sangeet Kaur Deo, berkata AGC sepatutnya menyokong cadangan agar siasatan dijalankan.

"Memandangkan AGC sendiri telah mengakui dakwaan ini dan seriusnya ia, mereka harus menjelaskan mengapa cadangan tersebut tidak disokong atau tidak menggesa siasatan segera dibuat," katanya ketika dihubungi.

Semalam sembilan ahli parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu kekosongan dan pelantikan jawatan utama kehakiman yang dibimbangi mengulangi insiden 'skandal VK Lingam' pada 2002.

Ia merujuk kepada rakaman perbualan melobi serta mengatur jawatan dalam institusi mahkamah melibatkan seorang hakim kanan bersama seorang peguam terkenal, VK Lingam.

Ekoran pendedahan itu 1,500 ahli Majlis Peguam Malaysia berarak di Putrajata menuntut agar sebuah RCI ditubuhkan bagi menyiasat skandal berkenaan.

Bagaimanapun hari ini AGC mengeluarkan kenyataan mendakwa tidak wajar ahli parlimen PKR terbabit - diketuai bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, membandingkan isu sekarang dengan skandal VK Lingam.

Pada masa sama AGC mengakui dakwaan terhadap seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang dikatakan campur tangan dalam keputusan dan pelantikan kehakiman adalah perkara serius.

Namun begitu, AGC menjelaskan, perbincangan dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) adalah berstatus rahsia dan dilindungi undang-undang.

Buat kesimpulan awal

Sementara itu, pengasas bersama Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, berkata dia terkejut dengan kenyataan AGC.

"Tidak boleh diterima bahawa AGC telah mengetepikan dakwaan terhadap hakim itu sebagai 'ketidakteraturan prosedur' semata-mata," katanya dalam kenyataan.

Latheefa berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan polis - yang bocor - mengenai dakwaan wujud campur tangan kehakiman yang didakwa Latheefa termasuk dakwaan hakim meminta ketua hakim membuat "keputusan yang memihak kepada pihak tertentu".

"Ini menjurus kepada teras kesaksamaan kehakiman dan integriti.

"Keputusan mesti dibuat dengan tegas terhadap fakta kes dan tidak perkara lain. Sebarang campur tangan luar boleh menjurus kepada perlakukan rasuah.

"Ia mesti disiasat serta-merta, pantas serta bebas," tambahnya.

Latheefa juga mengkritik AGC kerana membuat keputusan pramatang apabila menganggap dakwaan tersebut tidak disokong dengan bukti kukuh.

Kata peguam terbabit, bagaimana AGC boleh membuat kesimpulan sebegitu ketika siasatan terhadap dakwaan berkenaan tidak dibuat.

Pandangan AGC yang mengetepikan kebimbangan mengenai pelantikan kehakiman juga, kata Latheefa, tidak menjawab persoalan tentang mengapa perdana menteri tidak bertindak mengikut syor JAC sejak Tengku Maimun Tuan Mat menjadi ketua hakim negara.

Sebelum ini dilaporkan JAC di bawah Tengku Maimun telahpun membuat syor untuk calon ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan akan datang.

Jawatan dan tugas ketua hakim negara sebaliknya kini dipangku oleh Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim.

Latheefa berkata AGC tidak menangani kebimbangan mengapa sesetengah hakim diberikan tempoh lanjutan enam bulan selepas mencapai umur persaraan wajib namun ia tidak diberikan kepada Tengku Maimun.

TURUN TURUN

TURUN

AMIN

PEGUAM WAJIB

TURUN KE JALAN

RAYA

AMIN

PEGUAM WAJIB

BERDEMO

DI PUTAR JAYA

MACAM LAWAN

NAJIB DULU

AMIN

KINI LAWAN

MADA FA KA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat peguam, semua yang ada akal semua yang ada pelajaran semua yang ada pemikiran pasti akan turut sama turun, yang Pak Turut cium tangan yang cium kaki awal melindungi perasuah perompak pencuri duit negara tidak akan turun malah akan mengatakan semua ini kerja jahat pembangkang kah kah kah ketua pembangkang semua punai tidak berguna jadi rakyat sendiri kena uruskan, lain kali tak payah undi sesiapa biar rakyat uruskan nasib mereka sendiri kah kah kah punai oh punai