Selasa, 8 Julai 2025

ZIONIS YANG BAIK IALAH ZIONIS YANG DAH MATI




Presiden Iran dakwa Israel cuba bunuhnya


TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam satu temu bual yang disiarkan semalam mendakwa, Israel cuba membunuhnya.

Kenyataan itu dibuat kurang sebulan selepas Israel melancarkan kempen pengeboman yang belum pernah berlaku pada 13 Jun lalu, yang mengorbankan beberapa komander tentera dan saintis nuklear kanan Iran.

Serangan itu berlaku hanya dua hari sebelum Tehran dan Washington dijadualkan memulakan pusingan baharu rundingan nuklear, yang kemudiannya tergendala akibat serangan itu.

"Ya, mereka memang mencuba. Mereka bertindak sedemikian, tetapi mereka gagal.

"Ia bukan Amerika Syarikat (AS) yang menjadi dalang cubaan membunuh saya. Ia adalah Israel. Saya sedang berada dalam mesyuarat... mereka cuba mengebom kawasan tempat mesyuarat itu berlangsung," katanya, merujuk kepada cubaan pembunuhan semasa perang baru-baru ini, berdasarkan terjemahan daripada bahasa Parsi.

Pezeshkian berkata demikian kepada personaliti media AS, Tucker Carlson, ketika ditanya sama ada beliau percaya Israel cuba membunuhnya.

Menurut Foundation of Martyrs and Veterans Affairs Iran, sekurang-kurangnya 1,060 orang terbunuh di negara itu semasa konflik berlaku.

Serangan Israel mengundang tindak balas besar-besaran dalam bentuk serangan dron dan peluru berpandu dari Iran, yang mengorbankan 28 orang di Israel.

Perang 12 Hari dan Rundingan Nuklear Tergendala dalam perang tersebut dengan Israel dan AS melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordo, Isfahan dan Natanz.

Satu gencatan senjata antara Iran dan Israel juga berkuat kuasa sejak 24 Jun lalu.

Pada 16 Jun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak menolak kemungkinan akan membunuh Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dengan mengatakan ia boleh 'mengakhiri konflik' namun Presiden AS Donald Trump menolak rancangan itu.

Sepanjang perang itu, pihak berkuasa Iran juga mendedahkan bahawa satu rancangan Israel untuk membunuh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, yang turut digagalkan.

Dalam temu bual bersama Carlson, Pezeshkian menuduh Netanyahu membawa agenda peribadinya untuk 'perang berpanjangan' di Asia Barat dan menggesa AS agar tidak terjerumus ke dalam konflik itu.

"Pentadbiran AS sepatutnya tidak terlibat dalam perang yang bukan milik AS. Ini perang Netanyahu," katanya.

Katanya, negaranya 'tidak mempunyai masalah' untuk memulakan semula rundingan nuklear, dengan syarat kepercayaan dapat dibina semula antara kedua-dua negara.

"Kami tidak melihat sebarang masalah untuk menyertai semula rundingan.

"Namun syaratnya... bagaimana kami boleh yakin bahawa ketika rundingan berlangsung, rejim Israel tidak akan sekali lagi diberikan kebenaran untuk menyerang kami?" kata Pezeshkian.

Pezeshkian juga menyatakan, Iran terbuka untuk pelaburan dari AS sekiranya sekatan ekonomi ke atas Tehran ditamatkan.

"Tiada sebarang halangan untuk pelabur AS datang ke Iran dan melabur di sini," katanya.

Beliau juga memberi amaran, AS kini berada di persimpangan antara 'perdamaian atau perang' dalam menangani isu Iran dan rantau itu.

"Presiden AS cukup berkemampuan untuk membawa rantau ini ke arah keamanan dan masa depan yang cerah serta meletakkan Israel di tempat yang sepatutnya — atau membiarkan dirinya terperangkap dalam lubang lumpur tanpa penghujung, iaitu perang yang Netanyahu mahu AS terbabit di dalamnya," katanya.



JANGAN TAKUT

PERANG LAWAN

ZIONIS

AMIN

KALAU TIDAK 

DIPERANGI KAUM

ZIONIS AKAN

TAWAN DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan: