Selasa, 8 Julai 2025

PEMBELOT DAN BARUA ZIONIS



Kumpulan bersenjata Palestin di Gaza akui bersekongkol dengan Israel


GAZA: Ketua sebuah kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas didakwa terbabit dalam penyelewengan bantuan di Semenanjung Gaza.

Dia mengesahkan kumpulannya membuat pakatan dengan tentera Israel untuk melakukannya, dalam satu wawancara bersama radio awam Israel.

Yasser Abu Shabab, yang mengetuai kumpulan dikenali sebagai Pasukan Popular, berkata mereka bebas bergerak di kawasan dikuasai tentera Israel dan memaklumkan terlebih dahulu mengenai operasi mereka.

"Kami memaklumkan operasi kami kepada mereka, tetapi tindakan ketenteraan dijalankan secara kendiri," katanya kepada penyiar radio berbahasa Arab Israel, Makan.

Abu Shabab turut mendedahkan kumpulannya menerima 'sokongan logistik dan kewangan daripada beberapa pihak', namun tidak menyebut Israel secara langsung.

"Ada perkara yang tidak boleh kami nyatakan secara terbuka," katanya.

Bulan lalu, pihak berkuasa Israel mengakui memberi sokongan kepada kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas di Gaza, tanpa menamakan kumpulan berkenaan.

Namun, laporan media tempatan menyebut kumpulan Abu Shabab sebagai pihak yang dimaksudkan.

"Ia sesuatu yang baik kerana dapat menyelamatkan nyawa tentera Israel," kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ketika itu.

Anggota Knesset dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menuduh kerajaan menyerahkan senjata kepada 'kumpulan penjenayah dan pesalah' susulan pendedahan wujudnya kerjasama antara tentera Israel dan kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas di Gaza.

Menurut badan pemikir European Council on Foreign Relations, Abu Shabab disifatkan sebagai ketua kumpulan jenayah di kawasan Rafah, selatan Gaza dan pernah disyaki terbabit dalam penyelewengan bantuan kemanusiaan.

Abu Shabab tidak menjawab dakwaan itu ketika temubual radio berkenaan, sebaliknya menegaskan matlamat kumpulannya hanyalah untuk menewaskan Hamas dan menawarkan alternatif pemerintahan di Gaza.

"Kami tidak terikat dengan mana-mana ideologi atau pertubuhan politik," katanya sambil menyatakan mereka berusaha menghapuskan 'kezaliman' dan 'rasuah' Hamas.

"Kami akan terus berjuang walau setinggi mana pun pertumpahan darah.

"Hamas sedang kritikal. Mereka tahu pengakhiran mereka sudah hampir," katanya.

Kumpulan Abu Shabab kini menjadi sasaran kemarahan Hamas yang telah memerintah Gaza sejak 2007.

Rabu lalu, sebuah mahkamah tentera Hamas mengarahkan beliau menyerah diri dalam tempoh 10 hari untuk dibicarakan atas tuduhan penderhakaan dan beberapa kesalahan lain.

Semalam, satu gabungan puak Palestin turut mengecam Pasukan Popular kerana 'tanpa segan silu bekerjasama dengan musuh'.

"Mereka ditolak oleh seluruh rakyat kami. Kami tidak akan beri belas kasihan kepada mereka atau sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah mereka dengan membantu penjajahan.

"Mereka akan dilayan sebagai pengkhianat dan tali barut," menurut kenyataan gabungan itu - AFP


INI SATU LAGI

PEMBELOT 

DAN BARUA

ZIONIS BARU

AMIN

MAHMUD ABAS

PLO & AL-FATAH

DAH LAMA

JADI SEKUTU

ZIONIS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang tahu kebenaran dan bersungguh2 lagi yakin perjuangan kebenaran tahu puak2 barua @ pembelot ni tapi memahami perjuangan yg d perjuangkan x x tergugat keyakinan ( konsisten)!