Kuwait tahan 67 individu terbabit pengeluaran arak haram selepas 23 maut
KUWAIT: Pihak berkuasa Kuwait menahan 67 individu kerana disyaki terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran minuman beralkohol buatan tempatan secara haram yang meragut 23 nyawa dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Kuwait mengharamkan pengimportan dan pengeluaran domestik minuman beralkohol, namun terdapat pihak yang tetap menghasilkan minuman itu secara rahsia di lokasi tersembunyi tanpa sebarang pemantauan atau piawaian keselamatan.
Keadaan itu sekali gus mendedahkan pengguna kepada risiko keracunan.
Menerusi satu kenyataan di platform X semalam, kementerian itu memaklumkan pihaknya menyita enam kilang haram yang sedang beroperasi serta empat lagi yang masih belum beroperasi, terletak di kawasan perumahan dan perindustrian.
Kementerian Kesihatan pada Khamis berkata, jumlah kes keracunan metanol yang dikaitkan dengan minuman tercemar itu meningkat kepada 160, dengan 23 kematian kebanyakannya membabitkan warga Asia.
Ia meningkat daripada 13 kematian yang dilaporkan sebelum ini.
Ketua rangkaian jenayah itu, seorang warga Bangladesh ditahan, manakala seorang lagi suspek warga Nepal mendedahkan cara penyediaan dan penjualan metanol, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.
.jpg)

2 ulasan:
ni pun lama tapi d panggil purba !! kah kah kah
Zaman dulu orang kita paling banyak minum Stout kepala anjing kah kah kah jangan mudah lupa sejarah lama woit
Catat Ulasan