Jumaat, 22 Ogos 2025

KEMPEN TOLAK PENDATANG HARAM



Semua 55 juta pemegang visa sah AS tertakluk kepada semakan semula


WASHINGTON: Kesemua 55 juta warga asing yang memegang visa sah ke Amerika Syarikat (AS) tertakluk kepada semakan berterusan.

Demikian amaran Jabatan Negara AS, ketika Presiden AS, Donald Trump mempertingkat tindakan tegas terhadap visa dan imigresen.

"Proses penilaian berterusan Jabatan ini merangkumi lebih 55 juta warga asing yang kini memegang visa sah ke AS.

"Jabatan Negara akan membatalkan visa pada bila-bila masa sekiranya terdapat petunjuk mengenai potensi tidak layak.

"Ini termasuk petunjuk seperti tinggal melebihi tempoh, aktiviti jenayah, ancaman terhadap keselamatan awam, pembabitan dalam sebarang keganasan atau memberi sokongan kepada pertubuhan pengganas," kata seorang pegawai Jabatan Negara AS.

Pegawai itu tidak menyatakan bahawa kesemua 55 juta visa sedang disemak secara aktif, namun menjelaskan bahawa pentadbiran Trump menganggap kesemua visa itu terbuka untuk semakan.

Pegawai berkenaan, yang bercakap dengan syarat tidak dinamakan berkata, pentadbiran Trump kini memberi tumpuan khusus terhadap visa pelajar.

"Kami sedang menyemak semua visa pelajar," katanya, dengan menambah bahawa Jabatan Negara AS sentiasa memantau apa yang dinyatakan oleh individu di media sosial, yang kini menjadi salah satu keperluan dalam permohonan visa.

Setiausaha Negara, Marco Rubio, secara terbuka menyasarkan penunjuk perasaan anti-Israel, menggunakan undang-undang kurang dikenali yang membolehkan beliau membatalkan visa individu yang dianggap bertentangan dengan kepentingan dasar luar AS.

Jabatan Negara AS sebelum ini memaklumkan sebanyak 6,000 visa dibatalkan sejak Rubio memegang jawatan pada Januari bersama Trump.

Jumlah itu adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah visa pelajar yang dibatalkan oleh pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden dalam tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Negara AS.

Rubio berhujah bahawa pentadbiran mempunyai hak untuk mengeluarkan dan membatalkan visa tanpa semakan kehakiman serta bahawa warga asing tidak menikmati hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan AS.

Namun, pentadbiran itu menghadapi halangan dalam dua kes berprofil tinggi.

Mahmoud Khalil, seorang pemastautin tetap sah di AS yang mengetuai protes pro-Palestin di Universiti Columbia, dibebaskan oleh hakim pada Jun.

Rumeysa Ozturk, pelajar siswazah dari Turkiye di Universiti Tufts yang menulis artikel mengkritik Israel di akhbar kampus, turut dibebaskan oleh hakim pada Mei sementara menunggu perbicaraan lanjut. – AFP

TERBAIK DARI

TRUMP

KAH KAH KAH

MAHARAJA INI

SEMAKIN GILA

HURU HARAKAN

AMERIKA

AMIN

ADAKAH MASIH

RAMAI YG MINAT

NAK DUDUK

DI AMERIKA

KAH  KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

marilah kita doakan supaya trump, hishamuddin rais cepat berambus dari muka bumi ini. esok sembahyang hajat di semua masjid. kah kah kah.