Ahad, 28 September 2025

HAMAS DAN GERILA TIDAK AKAN KALAH




Netanyahu ikrar akan 'selesaikan tugas' menghapuskan Hamas

GAZA: Agensi Pertahanan Awam melaporkan sekurang-kurangnya 50 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalaman tentera Israel di Gaza.

Serangan itu berlaku ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar akan 'menyelesaikan tugas' menghapuskan Hamas, ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Dalam ucapan penuh kemarahan itu, Netanyahu turut menolak penubuhan negara Palestin, menuduh pemimpin Eropah memaksa Israel 'membunuh diri' dan memberi 'ganjaran' kepada Hamas kerana menyerang Israel hampir dua tahun lalu.

"Kami sudah menghantar mesej yang sangat jelas bahawa membunuh orang Yahudi akan membawa padah.

"Kami tidak akan 'bunuh diri' sebagai sebuah negara hanya kerana anda tidak berani berdepan media bermusuhan dan perusuh anti semitik yang dahagakan darah Israel," katanya.

Walaupun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau hampir memeterai perjanjian gencatan senjata, Netanyahu tetap menolak sebarang tekanan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang cuba 'memaksa Israel menerima sebuah 'negara pengganas'.

Netanyahu mendakwa tenteranya sudah melumpuhkan sebahagian besar jentera Hamas dan sedang berusaha menamatkan operasi itu secepat mungkin dengan memburu saki baki anggota pergerakan itu.

Ucapannya itu turut disiarkan sebahagiannya ke Gaza melalui pembesar suara tentera.

Menurut kenyataan dari pejabatnya, tentera Israel sudah mengambil alih rangkaian komunikasi telefon penduduk Gaza dan ahli Hamas.

Bagaimanapun, wakil dua AFP di selatan Gaza dan seorang lagi di Bandar Gaza menyatakan mereka tidak mendengar sebarang siaran melalui pembesar suara, mahupun menerima apa-apa mesej di telefon mereka.

Tentera Israel kini meneruskan serangan besar-besaran terhadap pergerakan Hamas di Bandar Gaza, yang memaksa ratusan ribu penduduk melarikan diri sejak beberapa minggu lalu.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, sepanjang 24 jam lalu, angkatan udara mereka menyerang lebih 140 sasaran di seluruh Semenanjung Gaza, termasuk pejuang, laluan terowong dan infrastruktur ketenteraan.

Rakaman AFP dari kem pelarian Al-Shati, berhampiran Bandar Gaza, menunjukkan kemusnahan teruk ke atas bangunan selepas serangan udara.

Bagaimanapun, sekatan media serta kesukaran mengakses kawasan tertentu menyebabkan agensi berita AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas angka korban atau butiran yang dikemukakan oleh pihak Hamas atau tentera Israel.

Pejabat Kemanusiaan PBB pula melaporkan sebanyak 388,400 orang kehilangan tempat tinggal sejak pertengahan Ogos, kebanyakannya dari Bandar Gaza.

Sejak hampir dua tahun lalu, operasi ketenteraan Israel di Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 65,549 rakyat Palestin, majoritinya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, angka yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB. - AFP

JIKA GERILA

TIDAK MATI

ERTINYA GERILA

MENANG

AMIN

JIKA SOLDADU

TAK DAPAT BUNUH

GERILA  ERTINYA

SOLDADU KALAH

AMIN

INI WATAK

PERANG GERILA

KHALAS

Tiada ulasan: