PAGI INI
PAGI INI
AHAD 28 SEPTEMBER 2025
SABAH
RASUAH DAN SABAH
Wow – makin heboh kes RASUAH SABAH – tak tahu mana nak mula mana yang akhir – sambung bersambung. Asal muasal Musa Aman kepala taik – ada kes rasuah tapi Madafaka angkat jadi Yang Di Pertua untuk jadi barua setia macam Azam Baki- inilah yang Ketua Rasuah Sabah. Rakyat marah.
Lepas tu Rasuah Tanah – Hajiji - Katingan – dan geng geng YB - heboh – yang pelik tu Madafaka tak buat apa.
Paling heboh tapi di tutup islah kes Farhash dapat hak cari gali – jeng jeng jeng – wow – berapa luas – jeng jeng jeng – 73 ,000 hektar – jeng jeng jeng.
SATU SABAH menunggu Rafizi bukak cerita. Dalam kes ini hanya Rafizi yang tahu dan ada maklumat. Rafizi telah di beri maklumat dalaman – tu pasal ANAK RAFIZI kena cucuk – jeng jeng jeng.
PRN SABAH – pasti RASUAH jadi agenda – kalau tidak maka banganglah para pembangkang – atau Shafie Afdal juga ada KES ? – kah kah kah. Amin.
Sabah akan jadi tikus makmal – nampaknya PH dan BN akan lawan berlawan – ini berita baik untuk Sabah – tapi awas ! Mengundi di Sabah MAHAL – kah kah kah... para Gedebe perlu duit baaaak... kah kah kah --- Justeru RASUAH – Amin.
AMERIKA
Maharaja Trump hantar soldadu ke Oregon. Ini bandar Demokrat. Datuk Bandar menentang tapi Trump nak bawa soldadu dan imigresen untuk buat kerja.
INDIA
Di Tamil Nadu 39 mati terhimpit. Dan puluhan cedera. Ini kes ceramah politik – ramai nak datang tengok Vijay ahli politik – Popular di kalangan anak muda dan wanita kerana bekas pelakon .
UKRAINE
Zelensky – seorang pelawak – buat komedi. Dia tuduh Putin akan serang satu lagi negara Eropah. Ukraine sekarang dalam keadaan nyawa ikan.
LEBANON
Hari ini ulang tahun pertama kematian pemimpin Hizbullah – Hassan Nasarlah. Ribuan datang ziarah makam. Pemimpin ganti - Naim Qassim - berkata bahawa Hizbullah tidak akan letak senjata. Kini sudah bersedia untuk bertempur dengan Israel.
FILIPINA
Banjir - 19 mati dan hampir dua juta warga terjejas dan ribu ribu wajib pindah kerana ribut taufan Bualoi yang membawa hujan lebat.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah sejuk segar. Langit pucat. Matahari ada sinar indah. KL & KL Sentral berkabus – petang kemarin hujan.
Ha ha – Tekukur – Balam bersuara dari bukit. Jantan juga berkokok. Keng Keng melintas dan menjerit – memecah pagi.
Di depan Pokok Ara – dah ramai menunggu – Puppy berlari datang – Emak dan Ayah sepupu ada sama - ramai datang pagi ini.
Wow – gua tak sangka Puppy Hitam 4 beradik datang juga – meriah pagi ini. Gua rasa macam kenduri tak cukup nasi – gua masak setengah periuk besar.
Berjalan pulang gua nampak Puppy Kuning nak berkawan dengan Ezi dan Tak Tak – gua ada friskies – lalu Gua tabur spesial untuk mereka berdua.
Dekat pintu keluar – WOW – Murai bersiul – ini Murai Jantan – kuat dan merdu. Di pagi hari jika terdengar suara Murai – pasti hari akan indah.
Ketika gua mengetik ini – CUACA BERUBAH – angin bertiup – awan makin gelap – Apakah hujan akan sampai ? Amin
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
Lu jangan buat janji kalau lu hanya nak sedapkan hati.
BRO
Lu berjalan dalam gelap dengan member lebih enak dari lu berjalan seorgan diri dalam terang.
BRO
Bila lu nak kritik kawan lakukan secara peribadi. Bila lu nak puji dia lakukan dI depan umum.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan