AL- FATIHAH
Hussien, bekas pejuang Utusan Melayu meninggal dunia
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Bekas veteran Utusan Melayu, Hussien Jahidin meninggal dunia selepas mengidap lemah jantung dan tekanan darah rendah di Hospital Besar Singapura pada 2.26 petang ini.
Beliau yang penah mengetuai mogok pekerja-pekerja Utusan di Singapura selama tiga bulan pada 1961 dikesan menghidap penyakit itu dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pusara Abadi pukul 10 pagi esok.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan arwah sebagai seorang yang berani berjuang mempertahankan Utusan Melayu sebagai satu-satunya akhbar kebangsaan Melayu yang bebas daripada penguasaan parti politik atau kerajaan.
"Hussien yang ketika itu merupakan wartawan Utusan dan menjadi Ketua Parti Rakyat Singapura ditangkap bersama-sama bekas Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari dan 90 orang pemimpin politik yang pro-komunis dalam Operation Cold Store di seluruh Singapura yang merupakan gerakan penangkapan terbesar yang pernah diadakan di pulau itu di bawah Undang-undang Keselamatan Umum.
"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara apabila apabila sanggup berjuang demi anak bangsa walaupun difitnah oleh bekas pengasas dan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew sehingga beliau ditangkap buat kali kedua pada 1976 atas dakwaan cuba menghasut orang Melayu membenci PAP. Namun akhirnya terbukti beliau tidak bersalah," katanya.
---------
1 ulasan:
Sedih sungguh menerima berita para pejuang yang meninggal dunia. Sampai masa pergi setelah mendaftar jiwa raga menentang satu bentuk kezaliman. Biasanya orang seperti ini tidak merasa pengiktirafan sewajarnya lalu padam ditelan masa. Namun berita baik yang akan muncul ada anak-anak muda yang mengambil alih untuk menerus perjuangan mereka pada era baru pula. Selamat kembali Sdr Hussien Jahidin.
Catat Ulasan