Rabu, 11 Mei 2016

DARI PANDANGAN MATA KAWAN LIM







FACE BOOK


3 hrs · 
Isham Rais terkenal dengan suaranya yang lantang, malah ketawanya pun lebih lantang daripada orang lain. Namun, di sebalik kelantangan ini, mungkin ada bisikan hati, kegusaran malah kepiluan yang tidak pernah kita dengar.

Tulisan berikut dicatat pada tahun 2012, ketika saya bertugas di MerdekaReview. Ya, Isham berani, tetapi bagi setiap insan yang cintakan kebebasan, penjara itu satu igauan.

ISA: Igauan di sebalik "lawak" Hishamuddin Rais
Tarikh: 2012-07-20

Mungkin ramai yang terhibur dengan gelagat Hishamuddin Rais yang sentiasa berjenaka, atau dengan sinis memperlekehkan pemerintah, meskipun dirinya pernah diseksa di bawah pemerintahan regim ini. Justeru itu, ramai yang terkejut apabila aktivis yang sering tampil sebagai "pelawak" ini, menangis dalam mahkamah ketika diminta mengisahkan kesan penahanan yang tidak sah itu terhadap dirinya.


Dalam forum semalam, secara jujur Hishamuddin Rais (gambar kanan) mengakui, bahawa ramai tahanan yang tidak mahu mengingati kembali pengalaman yang dilalui ketika ditahan di Kem Kamunting. Beliau tidak mahu pengalaman yang depresif itu menakut-nakutkan khalayak ramai atau menjadikan orang pesimis.
"Saya secara peribadi tidak mahu lagi mengalami proses itu, mengingati kembali the nightmare (igauan) itu. Kerana itu, saya selalu melakukan lawak. Tapi sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik sulit itu adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya visualkan, tidak dapat saya tuliskan untuk orang di luar ini mengalami," kata Hishamuddin Rais.

Seksaan fizikal dan mental

Hishamuddin Rais ketika berucap cuba mengelak dari menyentuh penyeksaan yang dilaluinya. Apabila diingatkan moderator Muhammad Afiq, beliau menyebut seksaan yang terbahagi kepada penderaan fizikal dan penderaan mental. Kegagalan menahan salah satu daripadanya akan membuatkan tahanan dibuli pegawai dalam kem. Beliau mengambil contoh bagaimana seorang lelaki Cina, dengan tinggi badan enam kaki dua inci, digelarnya "gangster Old Klang Road", menangis kerana tidak tahan dengan deraan psikologi.

Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengisahkan apa yang terjadi pada dirinya selepas mendengar pengalaman isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman, dan diajukan soalan dari bawah pentas. Hishamuddin Rais mendakwa dirinya menolak lawatan keluarga ketika ditahan, dan beliau hanya bertemu dengan ahli keluarganya setahun sekali sama ada pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Beliau tidak mahu orang tuanya datang jauh dari Jelebu ke Kamunting, hanya untuk pertemuan yang singkat.

Selain itu, Hishamuddin Rais mengakui dirinya "upset" seandainya dikunjungi kawannya pada hujung minggi, membuatkan hari Isnin-nya terganggu, kerana dirinya akan memikirkan dunia di luar KemTa selepas diziarahi kawannya.

Hishamuddin Rais dikurung bersama Tian Chua (gambar kanan) dalam satu sel untuk tempoh satu tahun. "Dia pandang saya, saya pandang dia." Kemudian, kedua-duanya memelihara cicak kobeng, biawak, semut untuk menghilangkan kebosanan. Menurutnya, dua bulan pertama penahanannya tidak dibekalkan suratkhabar. "Kamu ada 24 jam tapi kamu tak ada apa-apa untuk dibuat. Buku bacaan tidak ada," katanya, menyifatkan bahawa masa yang paling panjang dalam hidupnya adalah masa ketika ditahan.

Malah, Hishamuddin Rais berkongsi "penemuannya", bahawa terdapat tujuh pintu dari luar KemTa hingga ke dalam selnya. Tidak cukup dengan itu, beliau pernah dikurung dalam "penjara dalam penjara Kamunting" (diberi gelaran bilik roti) kerana melawan pegawai yang membelasah sahabatnya Tian Chua dalam KemTa.



---------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TUAN GURU

apa kebende semua tulis tulis macam sudah mati atau nak mati aaja ????

macam pergi WAKE mayat tunggu nak tanam saja

be positive lah

tak yakin pada ALLAH ke ???????

tengok MAT LOL tu sudah KENTUT buat muka de kata orang lain KENTUT

tenang saja OK