Sabtu, 18 Februari 2017

MAIN GOLF KENA SAMAN




MENTERI DAN YaPEIM DISAMAN YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM DAN MISKIN: BUKTI KERAJAAN GAGAL BELA PEMBERI DAN PENERIMA SUMBANGAN
Saya menyambut baik tindakan pengasas Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN) Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazli Hashim yang telah memfailkan saman RM 20 juta terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) susulan pendedahan demi pendedahan salah guna wang YaPEIM yang dibuat melalui National Oversight and Whistleblowers (NOW).
Selepas lebih setahun pendedahan dibuat, Kerajaan masih gagal mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memperbetulkan keadaan dan mendesak mereka yang berkenaan untuk mengembalikan wang yang telah dibelanjakan.

Malah, sepanjang tempoh tersebut tindakan-tindakan yang diambil adalah menjurus kepada menghukum pemberi maklumat seperti dengan menyaman saya (namun kes saman oleh Menteri ditolak Mahkamah kerana tiada asas) dan menyalahkan pendedahan seolah-olah sebagai punca puluhan ribu pencarum hentikan sumbangan sedangkan pihak pengurusan sekadar menafikan kesilapan yang telah berlaku.

Saya percaya tindakan PEMANGKIN untuk membawa Menteri dan YaPEIM ke Mahkamah dapat memberi harapan kepada orang ramai, penyumbang dan juga mereka yang layak menerima sumbangan seperti anak yatim dan golongan miskin bahawa rakyat mampu mengambil tindakan terhadap mereka yang berkuasa untuk mencegah ketirisan dan penyelewengan.

Insyallah, pihak NOW akan membuat pendedahan dalam masa terdekat mengenai satu lagi tabungan orang ramai yang dipercayai turut berlaku salah guna wang.


17 FEBRUARI 2017
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)






------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu hak yg terbongkar. Jika dibongkar lagi, entah hampir 2-3 billion dah dibalun Menteri yg control Yapeim sejak puluhan tahun lagi.

Pejabat Zakat setiap negeri sonyap jo sbb Sultan aka jelmaan Tuhan sendiri yg balun. Semua menikus jer.