Rabu, 13 Februari 2019

ADA APA DI TURKI








ENJOY
DE MENJOY

ATAU

JENG JENG JENG

ADA KES

DI ISTAMBUL


Apa Fuzi dan pegawainya buat di Turki, soal pegawai kanan polis


KETUA Polis Negara (KPN), Mohamad Fuzi Harun dan 16 pegawai kanannya berada di Istanbul, Turki sepanjang hujung minggu lalu dan kunjungan mereka itu kini menjadi tanda tanya.

Fuzi dan para pegawainya dikatakan berlepas ke Istanbul melalui Doha pada Khamis dan dijadual kembali ke tanah air hari ini.

Beberapa pegawai kanan polis yang tidak menyertai lawatan itu menyelar Fuzi dan berkata kalau KPN itu sudah tiada semangat untuk bekerja, eloklah beliau bercuti dan bersara.

“Dia (Fuzi) tak boleh pentingkan diri. Dia tahu kerajaan tak ada duit. Dia tak patut belanja macam ini,” kata seorang pegawai kanan di Bukit Aman yang enggan dinamakan.

Seorang pegawai yang mengikuti lawatan itu dilaporkan memuat naik gambar mereka di Istanbul.

“Bagus, biar dia orang telanjangkan diri sendiri. Tak cerdik,” kata pegawai kanan itu, ketika ditanya mengenai gambar berkenaan.

Seorang pegawai lain berkata beliau difahamkan kunjungan ke Istanbul itu adalah untuk belajar bagaimana Turki membanteras judi haram.

“Tak masuk akal pergi ke Turki hanya untuk itu,” katanya, yang juga enggan dikenali.

Kunjungan Fuzi ke Istanbul didedahkan portal Sarawak Report kelmarin.

Portal itu mendakwa Fuzi dan pegawainya menginap di Hotel Sura Hagia Sophia bertaraf empat bintang di Sultanahmet di Istanbul. Sarawak Report melaporkan kadar sewa hujung minggu di hotel berkenaan dianggarkan RM685 semalam, berdasarkan sebut harga di laman web booking.com.

Sarawak Report juga mendakwa kos penerbangan pergi balik mereka keseluruhannya dianggarkan lebih RM250,000.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Di-raja Malaysia (PDRM) Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Asmawati Ahmad mengesahkan kepada The Malaysian Insight lawatan Fuzi adalah atas urusan kerja.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pegawai kanan lain yang bersama Fuzi.

Menurut Sarawak Report, antara mereka yang menyertai lawatan itu termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Wan Ahmad Najimuddin Mohd; Pengarah Jabatan Narkotik, Mohamad Salleh dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Rohaimi Md Isa.

Dalam mesejnya kepada The Malaysian Insight melalui WhatsApp, Rohaimi berkata beliau tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai perkara itu.

“KPN sendiri akan maklum news (berita) itu nanti. Terima kasih,” katanya, merujuk pada Fuzi.

Pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata calon pengganti Fuzi dan timbalannya, Noor Rashid Ibrahim yang akan bersara akan diputuskan dalam masa terdekat, selepas beliau berbincang dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Fuzi dijadual bersara pada Mei ini manakala Noor Rashid pada 17 Mac. – 12 Februari, 2019.


MAKSIAT
BAWA PEGAWAI

MAKSIAT 

INI DAH BERAT

SAPA BUAT

MAKSIAT

DI TURKI

KAH KAH KAH


-----------------

5 ulasan:

hamim berkata...

Apa yang istimewanya Turki, Haji Hadi sakit dirawat diTurki mastulah Haji Najib melawat Haji Hadi dan bermulalah era baru.....Pak Syeikh selepas dapat pengampunan pun pergi mendapatkan rawatan diTurki masatulah Azmin melawat Pak Syeikh.....ada apa diTurki...ayam Turki banyak tak????

Tanpa Nama berkata...

Tu pakatan utk buat LIWAT 3.0 ke? Bukan boleh percaya dgn Madey.. once mamak, always mamak!

Nope berkata...

Ini gua x paham. Baca berita gua paham. Tapi bila tgk tetiba ada gmbr Kesultanan Melayu Melaka yg mashyur itu, beta jadi fenin. Apakah maksud tersumbat yg coba di coba oleh tt yg maha esa?

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha - tajaan Da Ma Cai, halal la tu . Malu Apa bossku ��

Tanpa Nama berkata...

nak malu apa bossku ? kerajaang melayu melaka sehingga lah kerajaang pok nik najib aka rosmah memang melayu islang, tak ada sangsi, tak ada soalang, pokok nya yang enjoy menjoy nie orang Kita, orang melayu islang, orang bumiputera, apa salohnya ? mengapa heboh depang ke turkin kah ke Afghanistan kah depang belajor lah, depang tak pergi negaro maju, baik kita belajor dari Turkish...lah kah kah...pelik yang pergi semua geng songlap...Judi masih jalan bro, cuma gelap gelita sikit, nak cuci rasuah ? 95% kakitangan kerajaang melayu islanng...suci kerja ikhlas, kerja sikit gaji banyak, malas, teh tarik sampai ke petang, guna kemudahan kerajaan utk diri...ego sangat kah kab kah