BETUL TEPAT
ADA CABARAN
POLITIK DAN
EKONOMI
Kabinet Muhyiddin bakal berdepan pelbagai cabaran ekonomi
KABINET baharu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdepan pelbagai cabaran ekonomi termasuk kejatuhan bersejarah harga minyak yang mungkin mengekang keupayan perbelanjaan kerajaan, kata pakar ekonomi.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight, selain kejatuhan harga minyak, pertumbuhan perlahan ekonomi dunia akibat wabak Covid-19 juga memberi cabaran tambahan.
Setakat ini, lebih 110,000 orang di lebih 100 negara dijangkiti virus itu dengan lebih 3,800 kematian direkodkan.
Barisan baharu jemaah menteri di bawah pimpinan Muhyiddin perlu meraih semula keyakinan pelabur bagi mengelakkan aliran duit keluar dan mengekalkan kepentingan mereka.
Profesor Ekonomi Business School Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata kerajaan baharu perlu menangani kejatuah harga minyak kerana kemelesetan yang berpanjangan akan menjejaskan keupayaannya untuk meningkatkan perbelanjaan dan mungkin perlu mengubahsuai semula bajet.
“Jika harga minyak kekal rendah dalam tempoh enam bulan ataun lebih lama, belanjawan mungkin perlu diubahsuai kerana kekurangan pendapatan yang ketara,” kata Yeah kepada The Malaysian Insight.
“Selain itu, kerajaan baru mempunyai dorongan tambahan untuk menyusun semula belanjawan mengikut keutamaan perbelanjaannya. Ini boleh mencetuskan pengubahsuaian jangka pertengahan.”
Bajet 2020 diumumkan berdasarkan jangkaan harga minyak AS$62 setong. Namun ketika artikel ini ditulis, harga minyak mentah didagangkan dengan harga AS$35.34 setong.
Penanda aras untuk minyak mentah turun dari AS$45 setong kepada AS$31.02 pada Isnin, harga paling rendah dalam tempoh hampir 30 tahun.
Harga minyak jatuh selepas OPEC gagal mencapai perjanjian dengan sekutunya berhubung pengurangan pengeluaran yang menyebabkan Arab Saudi mengurangkan harganya kerana dilaporkan bersedia untuk meningkatkan pengeluaran.
Perkembangan ini menyebabkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan perang harga.
“Perang harga boleh menyebabkan harganya jatuh lebih teruk di bawah AS$30 setong.
“Senario harga minyak kekal dalam lingkungan AS$40-50 setong boleh digambarkan kerana kurang permintaan global disebabkan Covid-19,” kata Yeah yang juga ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia. – 10 Mac, 2020.
DALAM SISTEM
EKONOMI GLOBAL
KAPITALIS
TIDAK ADA
JALAN KELUAR
DALAM MASA
TERDEKAT
AKAN BERLAKU
SATU LAGI
KRISIS BESAR
MELANDA DUNIA
SEKALI GUS
MELANDA KITA
LIHAT TUNGGU
YG MENAKUTKAN
MANIFESTASINYA
MUNGKIN
MENAKUTKAN
AMIN
-------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan