Selasa, 12 Mei 2020

AMARAN RAKYAT BERSATU LINGKUP







AMARAN RAKYAT

TANPA MADEY

BERSATU

LINGKUP


Jangan pecat Dr Mahathir dan Mukhriz sesuka hati, kata akar umbi Bersatu


AKAR umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa pucuk pimpinan parti berlaku adil sekiranya mahu memecat keahlian Pengerusi parti Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Mukhriz Mahathir.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, tidak wajar parti memecat Dr Mahathir dan Mukhriz begitu saja, sedangkan dua pemimpin itu antara pengasas parti, melainkan jika mereka melanggar peraturan parti.

Adun Teluk Bahang Zolkifly Md Lazim berpendapat pemecatan itu pun hanya boleh boleh berlaku jika pelanggaran itu dibuktikan.

“Kalau ada pelanggaran peraturan, mesti ada proses lembaga disiplin dan bukti mereka langgar peraturan.

“Semua ahli mesti patuh kepada semua arahan parti. Sebarang pelanggaran atau apa-apa yang berlawanan dengan parti akan diambil tindakan oleh parti bagi mengukuhkan parti dan membawa parti kepada kesatuan kerja,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Adun Ayer Hangat, Langkawi, Juhari Bulat pula berkata pemecatan dua pemimpin utama Bersatu itu membayangkan sudah tiada lagi demokrasi dalam parti.

“Mereka berdua tidak patut dipecat… tiada sesiapa yang patut dipecat dalam Bersatu.

“Proses demokrasi mesti digunakan untuk mentadbir sebuah parti politik. Biar proses demokrasi hidup subur dan bermesyuarat adalah langkah yang terbaik untuk hadapi krisis ini,” katanya.

Bersatu berpecah

Isu pemecatan Dr Mahathir dan Mukhriz timbul selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sepatutnya bermesyuarat semalam (Isnin, 11 Mei) tanpa menjemput mereka hadir.

Mesyuarat itu dipanggil ketika Bersatu terpecah dua antara kelompok Dr Mahathir dan kem Presiden Muhyiddin Yassin susulan perselisihan pendirian mengenai kerjasama politik parti, sama ada dengan Pakatan Harapan atau Umno.

Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari PH pada hujung Februari lalu dan membentuk kerajaan baharu bersama Umno dan PAS, yang disokong oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin juga memangku jawatan pengerusi parti selepas Dr Mahathir letak jawatan pada 24 Februari lalu, walaupun sebelum itu MPT menolak perletakan jawatan tersebut. Alasannya, tiada peruntukan dalam perlembagaan parti untuk Dr Mahathir dilantik semula.

Spekulasi pemecatan Dr Mahathir dan Mukhriz timbul selepas Ketua Penerangan Bersatu Mohd Radzi Md Jidin menyebut nama mereka dalam satu kenyataan pada Khamis lalu. Kenyataan itu memberi amaran parti boleh menggugurkan keahlian mana-mana ahli yang menyertai gabungan parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti.

Radzi membuat kenyataan itu selepas beberapa pemimpin Bersatu termasuk Setiausaha Agung Marzuki Yahya yang dipecat pada Mac lalu menegaskan MPT Bersatu tidak pernah membuat keputusan untuk parti keluar dari PH.

Mesyuarat MPT Bersatu itu bagaimanapun ditangguhkan ke satu tarikh lain melalui satu notis yang dikeluarkan tiga jam selepas laporan media mengenainya.

“Orang No. 1”

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Ulya Aqamah Husamudin berkata, parti tidak wajar memecat Dr Mahathir kerana beliau “orang nombor satu” dalam parti.

“Keahlian Tun (Dr Mahathir) juga nombor satu dalam parti. 

“Saya dijemput untuk hadiri mesyuarat MPT (yang ditangguh semalam). Saya akan bantah jika ada agenda untuk pecat beliau,” katanya.

Ulya adalah antara pemimpin Bersatu yang bersuara mempersoalkan naratif bahawa tindakan Muhyiddin membawa parti keluar dari PH dipersetujui oleh MPT dan cadangan mengenainya sudah lama diketahui juga oleh Dr Mahathir.

Sementara itu, ahli Pemuda Bersatu Bukit Bendera, Razaliff Mohd Zain mempersoalkan perlembagaan mana yang dipakai oleh parti untuk memecat Dr Mahathir dan anaknya ketika pucuk pimpinan parti sekarang mentafsirkan perlembagaan untuk kepentingan mereka.

“Pelantikan setiausaha agung baharu pun tidak sah (ikut perlembagaan). Perlembagaan mana yang dipakai untuk pecat Dr Mahathir dan Mukriz?” tanyanya.

Razaliff merujuk pada pemecatan Marzuki Yahya sebagai setiausaha agung Bersatu pada 18 Mac lalu. Marzuki yang diketahui menyokong Dr Mahathir digantikan oleh Hamzah Zainuddin, yang juga menteri dalam kabinet Muhyiddin.

Kembalilah bersatu

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Bersatu Rasah Muhammad Farit Hamzah menyeru pucuk pimpinan tertinggi parti agar kembali ke meja rundingan, berbincang mencari jalan menyelesaikan krisis dalaman parti.

“MPT tidak boleh memecat dengan sesuka hati, mereka perlulah ikut saluran. Dr Mahathir, Mukhriz, dan Muhyiddin perlu duduk bersama untuk berbincang.

“Saya gesa ketiga-tiga mereka berdamai. Itulah yang terbaik untuk parti,” katanya.

Ketua Pemuda Bersatu Bukit Mertajam, Zikri Zulkifli juga berkata, tindakan memecat mereka bukan satu langkah tepat, walaupun ahli parti di akar umbi akan akur.

“Parti kena cari penyelesaian yang terbaik, secara aman. Dr Mahathir dan Mukhriz dua tokoh yang banyak berjasa untuk parti,” katanya. – 12 Mei, 2020.


PASCA KOBID

SATU PARTI  BARU

WAJIB MUNCUL

GARIS TAMAROD

GARIS  MUDA

LUPAKAN YANG

TUA TUA KOTAI

TINGGALKAN 

MADEY HADI

ANWAR  KIT SIANG

RAKYAT MUAK

MENYAMPAH

POLTIK LAMA

BUKA DUNIA BARU

CERAH COOL

MENJANJIKAN

AMIN

Tiada ulasan: