Jumaat, 4 September 2020

MELAYU BERSATU





MELAYU NAK

BERSATU

KAH KAH KAH

INI KESAH LAMA

KAH KAH KAH

SAMPAI ADA

PARTI PANGGIL

BERSATU

KAH KAH KAH

TAPI SEMUA

BERCERAI BERAI

KAH KAH KAH


Retorik penyatuan Melayu tak kekal lama, kata penganalisis

KEMPEN penyatuan Melayu yang digunakan Umno dan PAS dalam siri pilihan raya kecil (PRK) dijangka tidak akan mampu bertahan untuk jangka masa panjang, kata penganalisis politik tanah air.

Mereka berpendapat, retorik penyatuan Melayu dan ummah akan teruji ketika Muafakat Nasional (MN) berunding untuk agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Seorang felo penyelidik Ilham Centre Hamidin Abd Wahid berkata isu agihan kuasa itu akan berterusan kerana tidak dapat diselesaikan kalangan parti tersebut.

“Ketika ini retorik penyatuan Melayu masih menjadi lauk utama di meja makan pengundi. Pada masa sama bila realitinya, pengagihan kuasa dan kerusi, siapa ketua negeri, bahagian, dan pusat itu akan beri cabaran.

“Ini badai yang boleh melanda dan persoalan ini belum boleh diselesaikan,” katanya dalam wacana berhubung PRK N58 Slim di Universiti Malaya hari ini.

Dalam wacana dengan tajuk “Slim ke Borneo: Menuju Pilihan Raya Mengejut PRU15” itu, Hamidin berkata, kecelaruan akan bertambah jelas menjelang pilihan raya.

Beliau seterusnya menjangka, senario paling buruk akan dapat dilihat apabila berlaku pertembungan tiga penjuru di antara parti komponen dalam MN, termasuk Bersatu yang baharu menganggotainya.

Selain itu, timbul kecelaruan memandangkan satu lagi gabungan, Perikatan Nasional (PN) sudahpun dibentuk di antara parti yang kini membentuk kerajaan.

“Kecelaruan akan bertambah bila makin hampir menjelang pilihan raya umum terutamanya dari sudut struktur parti.

“Bagaimana MN akan didaftarkan, PN dah didaftar. Logo mana mereka nak pakai atau balik semula kepada tiga penjuru. Ini yang akan mencorakkan kerjasama,” katanya lagi.

Selain itu, kemenangan besar BN di PRK Slim bukan kayu ukur untuk menentukan sokongan dalam PRU15, katanya,

Pandangan sama disuarakan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar yang berkata gabungan itu hanya akan dapat menang besar jika berjaya menyelesaikan isu pertindihan kerusi.

“Dalam sentimen gabungan parti politik Melayu, senario terbaik yang boleh berlaku – sekiranya semua pihak dalam PN bersatu dan hadapi PRU – mereka boleh menang besar.

“Realitinya, sentimen pengundi berbeza dengan ahli politik,” katanya dalam program sama.

Beliau berkata, bagi ahli politik, realiti sebenar adalah merebut kepentingan dan kawasan sama dalam kawasan lingkaran Melayu.

“Ahli politik belum (faham) sebab mereka berebut kepentingan yang sama. Parti Melayu berebut dalam pasaran yang sama. Kerusi lingkaran Melayu PAS, Umno, dan Bersatu bertumpu di kawasan ini,” katanya.

PRK Slim menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) mengenalkan kerusi tersebut melalui calonnya Mohd Zaidi Aziz yang menewaskan dua calon Bebas dengan majoriti 10,945 undi.

Ia turut menyaksikan kemunculan pertama parti Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Bersatu. Calon Pejuang Amir Khusyairi Mohamad Tanusi meraih 2,115 undi.

Hisommudin berpendapat, keputusan itu juga menunjukkan parti Pejuang berupaya membuka tapak dan memberi peluang pengundi terutamanya ahli dan bekas ahli Bersatu menyalurkan tanda protes.

“Dalam pertandingan tiga penjuru, mendapat 2,000 undi itu sangat jelas, mereka menjadi tempat untuk salurkan undi protes atau rasa tidak puas hati,” katanya lagi.

Beliau berkata, walaupun BN menikmati kira-kira 50% undi daripada pengundi Cina di PRK Slim, itu bukan petunjuk komuniti itu kembali menyokong kerajaan.

Kelompok pengundi itu memilih berdasarkan isu semasa dan Ilham Center tidak menolak isu kebun durian haram di Raub menyebabkan pengundi tersebut memihak kepada PN, katanya.

“Di PRK Slim 50% undi pengundi Cina beralih kepada PN, tetapi petunjuk di Slim tak boleh jadi rumusan pengundi cina beralih kepada PN.

“Komuniti Cina guna pengundian secara taktikal, undi mereka dalam PRK adalah untuk menyampaikan mesej mereka,” katanya. – 4 September, 2020.
 

PENYAMUN

PENCURI 

PEROMPAK

BOLEH BERSATU

AMIN

TAPI PARTI 

POLITIK MACAM

MANA NAK

BERSATU

KAH KAH KAH

SABAR DULU

PARTI ISLAM

DAH MULA

PANDAI MENCURI

PANDAI MENIPU

PANDAI RASUAH

ERTINYA PELUANG

BERSATU DENGAN

GEROMBOLAN

PENYAMUN LAMA

MAKIN CERAH

KAH KAH KAH

YANG 

MENYATUKAN

BUKAN ISLAM

BUKAN MELAYU

TAPI KUASA

DAN FULUS

CAMPUR LENDIR

NENAS SARAWAK

AMIN

Tiada ulasan: