AZMIN
ORANG KANAN
PEMIMPIN ISLAM
ANWAR IBRAHIM
PALING SETIA
PALING LAMA
AMIN
SEKRANG JADI
MUSUH KETAT
PALING KUAT
TIBAI ANWAR
AMIN
Anwar gila kuasa, seolah-olah PM hak kelahirannya – Azmin
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Tuan Haji Anwar Ibrahim didakwa berbohong secara terang-terangan termasuk kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) demi hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali menyesali sikap Ketua Pembangkang yang memilih untuk menyemai kebencian ketika mengaku kepada seluruh dunia dia telah memperoleh ‘majoriti yang meyakinkan dan hebat di Parlimen’ untuk membentuk kerajaan baharu dan mahu Perdana Menteri (PM), Tuan Haji Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan.
“Ini jelas merupakan perbuatan individu gila kuasa yang didorong oleh motif ego dan beranggapan hak seolah-olah jawatan PM adalah hak kelahirannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Mohamed Azmin, kemarahan parti pembangkang mengenai negara akan menjadi diktator sekiranya keadaan darurat ekonomi diisytiharkan adalah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab.
Beliau yang juga Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyeru semua pemimpin politik untuk bergabung dengan rakyat dan pemerintah pada saat yang sangat mencabar ini.
Mereka perlu bersatu dalam memerangi wabak Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini dan mengetepikan kepentingan politik dan kepentingan lain untuk kebaikan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara, katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin berharap semua pemimpin bersatu bersama-sama dengan rakyat menangani penularan pandemik.
Dalam keadaan pandemik yang semakin buruk dengan kes-kes yang melonjak di seluruh dunia termasuk Malaysia, kerajaan telah berusaha untuk menanganinya.
Sejak lonjakan kes yang luar biasa dengan permulaan gelombang ketiga, Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah bermesyuarat setiap hari tanpa gagal selama 24 hari terakhir.
“Bersama dengan pakar kesihatan kita, angkatan bersenjata dan anggota keselamatan dalaman serta penasihat ekonomi, Perdana Menteri telah menyediakan kepemimpinan yang tegas yang mempertimbangkan secara aktif bukan hanya langkah-langkah darurat jangka pendek tetapi rancangan jangka sederhana hingga jangka panjang untuk menangani krisis secara holistik.
Kerajaan juga akan terus memberikan semua sokongan kepada angkatan bersenjata dan polis kita untuk melakukan rondaan di sempadan dengan berkesan.
“Pada masa yang sama, mereka harus diberi kuasa melalui proses perlembagaan untuk melakukan tindakan cepat terhadap semua ancaman termasuk pendatang tanpa izin yang berisiko tinggi menyebarkan Covid-19 atau penyakit berjangkit lain.
Dalam keadaan seperti ini, adalah wajar dan tepat untuk semua pihak bersatu di belakang usaha mengurangi dan melandaikan lekuk Covid-19 sambil memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi, katanya.-
1 ulasan:
Hanya Manikam je yang mengenali Mutu ....
Dari senarai PM dari dulu hingga sekarang, rasanya hanya PM3 dan PM5 yang tak gila kuasa nak jadi PM.. Yang mengata AI gila nak jadi PM ini pun sama taraf gila gak nak jadi PM. Tu sebab berlakunya 'liwat sheranton' dan keenakan dari kejayaan 'liwat' itu mencetuskan 'liwat darurat'.. kalau tak manakan berlaku...
Catat Ulasan