DENGAR
APA KATA KU LI
AMIN
PENCURI
TAK BOLEH JADI
PEMIMPIN
AMIN
Najib tidak wajar
ketuai BNBBC di Parlimen,
kata Ku Li
AHLI politik yang sudah didakwa dan disabitkan tuduhan di mahkamah tidak wajar memegang apa-apa jawatan di Parlimen kerana kredibiliti mereka sudah tercalar kata Tengku Razaleigh, mengulas pelantikan Najib Razak untuk mempengerusikan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
Tengku Razaleigh berkata beliau tiada masalah dengan Najib secara peribadi tetapi berpendapat bekas perdana menteri sepatutnya melepaskan apa-apa jawatan yang dipegangnya sekarang.
Najib baru-baru ini dilantik menerajui blok ahli Parlimen BN yang tidak memegang jawatan menteri atau timbalan menteri dalam Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Atas kedudukannya, pada 10 November beliau diberi masa 90 minit untuk membahaskan Belanjawan 2021, sama seperti masa yang diperuntuk kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
“Kebimbangan saya adalah kredebilitinya… saya tiada masalah dengan Najib secara peribadi.
“Kalau kamu tidak mempunyai rekod yang bersih, lebih baik lupakan politik dan masyarakat kerana kamu akan memimpin orang lain… (macam mana) jika rekod tidak bersih, didakwa di mahkamah.
“Mereka yang mahu menjadi pemimpin rekod kena bersih,” kata Tengku Razaleigh dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight awal minggu ini.
Mahkamah Tinggi pada 28 Julai mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan jenayah bersabit dana RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SCR International Sdn Bhd.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu tuduhan salah guna kuasa. Beliau juga dihukum penjara 10 tahun atas tiga kesalahan pecah amanah dan 10 tahun lagi untuk tiga tuduhan pengubahan wang haram.
Politik wang
Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li juga berkata beliau tidak berhasrat untuk memimpin Umno dalam keadaan parti itu bergelumang dengan politik wang.
“Kecuali Umno berubah dan lupakan politik wang… saya tidak berminat menyertai pertandingan (menjadi ketua) kerana saya tidak percayakan politik wang,” katanya.
Beliau menambah politik wang antara punca kekalahannya ketika mencabar Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno, lebih 30 tahun lalu.
“Saya tidak gunakan politik wang, saya tidak menang, bila saya bertembung dengan Dr Mahathir 30 tahun lalu, saya tewas kerana tidak gunakan politik wang… saya cuba jadi gentleman.
“Saya tidak gunakan politik sedemikian, saya tidak percayakanya,” katanya.
Selepas kekalahan Tengku Razaleigh dalam pemilihan Umno pada 1987, sekumpulan ahli Umno mengheret parti itu ke mahkamah berhubung isu pendaftarannya sehingga diputuskan tidak sah.
Dr Mahathir kemudian menubuhkan Umno (Baru), sementara Tengku Razaleigh yang tidak diterima menyertainya mengasaskan Parti Semangat 46. Parti itu kemudian bubar selepas dua pilihan raya umum dan beliau serta pengikutnya kembali ke pangkuan Umno pada 1996.
Menurut Tengku Razaleigh, beliau tetap menaruh kepercayaan kepada Umno kerana parti itu banyak berjasa kepada negara sejak awal penubuhannya lagi.
“Saya percayakan Umno, sebab itu saya tidak tinggalkannya… saya tidak menganggap Umno sebagai alat politik yang saya boleh gunakan sesuka hati.
“Bagi saya perjuangannya yang harus kita syukuri dengan apa yang mereka sudah lakukan selama ini. Mereka sudah lakukan terlalu banyak jasa kepada negara berbanding (parti) orang lain,” katanya lagi.
Tengku Razaleigh bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang lalu tetapi kalah kepada Ahmad Zahid Hamidi dalam pertandingan yang disertai bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – 19 November, 2020.
3 ulasan:
Manusia yang ada kredibiliti, integriti no power no kuasa tetapi suaranya boleh gugur macam bom atom Hiroshima..
Manusia yang calar balar perlu bersandar untuk kerusi bercakap.
Ku Li Ku Li ..masey blur blur ..boley ke Tongkang Lanun juragan nye saekor Peneroka Felda ..boley ker ..dalam hal ini patik rasa BossKu paling layak ..yang syumulnye dalam tongkang tu ada Lanun Kepala Sotong ..kahkahkah ..
Memang pencuri, nak bela buat APA...ramai lagi ada penganti....Dah terantuk baru ternadah....
Catat Ulasan