Selasa, 24 November 2020

MUHYIDDIN DIHIMPIT

 


DULU NAJIB

DIHIMPIT BIK MAMA

KAH KAH KAH

SEKARANG

 MUHYIDIN

DIHIMPIT BUJET

KAH KAH KAH

MANA LEBIH BERAT

 KAH KAH KAH




Umno guna tuntutan Belanjawan 2021 untuk tekan Muhyiddin, kata penganalisis

TUNTUTAN Umno agar moratorium pinjaman bank dilanjutkan hingga Jun merupakan satu bentuk bentuk tekanan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

Walaupun Umno adalah parti kerajaan, bukan rahsia lagi ia mahu Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan kerana ia berasa berterusan diketepikan oleh parti Muhyiddin, Bersatu yang lebih kecil.

Penganalisis berkata ramai pemimpin Umno bersikap lantang dalam tuntutan dan kritikan mereka mengenai Belanjawan 2021 yang akan diundi di peringkat dasar pada Khamis ini.

Undian itu akan menguji kekuatan kerajaan Muhyiddin, dan keabsahan perdana menteri yang memiliki 25 usul tidak percaya serta dua usul percaya yang dibawa oleh ahli Parlimen ke Dewan Rakyat.

Pakar sains politik Dr Mazlan Ali berkata, masih terdapat kemungkinan besar yang ahli Parlimen Umno tidak akan menyokong belanjawan Muhyiddin.

Sejak rang undang-undang pembekalan dibentangkan pada 6 November, Umno mengkritiknya, menuntut pengubahsuaian dan membangkitkan isu lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik, yang berakhir selepas enam bulan pada hujung September.

“(Umno) Najib Razak meletakkan syarat untuk menyokong belanjawan. Umno secara konsisten berkata tidak akan menyokong belanjawan.

“Pakatan Harapan juga menentang belanjawan dan hanya akan menyokongnya jika pindaan dibuat. Oleh itu, risiko rang undang-undang pembekalan gagal adalah tinggi,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insight.

Najib, yang merupakan presiden Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), berkata pada 20 November yang BN mempunyai dua syarat jika ingin menyokong Belanjawan 2021. 

Ia adalah pengeluaran secara one-off sebanyak RM10,000 bagi Akaun 1 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan lanjutan moratorium pinjaman sehingga Jun depan.

Mazlan berkata keadaan itu berbahaya bagi kerajaan, kerana jumlah sokongan PN bergantung kepada Umno.

Daripada 50 ahli Parlimen PN, 43 daripada BN dengan Umno mempunyai 39. 

Sementara itu, Bersatu mempunyai 31 ahli Parlimen. Dua parti lain dengan kerusi terbanyak adalah PAS (18) dan Gabungan Parti Sarawak (18).

PN kini mempunyai 111 ahli Parlimen - berikutan kematian Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman - berbanding 108 pembangkang, selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong pada 2 Oktober.

Mazlan berkata, keengganan PN terhadap gesaan lanjutan moratorium, yang dibangkitkan DAP sebelumnya, dan sekarang oleh Umno, akan menimbulkan masalah bagi Muhyiddin.

Ia menjadikan Muhyiddin terikat, kerana lanjutan moratorium secara automatik akan menimbulkan masalah bagi sektor perbankan dan kewangan, manakala tidak membenarkan lanjutan akan menjejaskan dari segi politik.

“Permintaan Umno untuk menangguhkan pembayaran pinjaman lebih panjang adalah untuk memberi tekanan kepada Muhyiddin dan tiada kaitan dengan ekonomi. Mereka pada dasarnya mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen,” kata Mazlan.

Pemerhati akademik dan politik dari Universiti Teknologi Mara itu berkata strategi Umno adalah untuk menekan perdana menteri agar berkompromi dengan menggunakan “tuntutan tidak masuk akal”.

“Umno mahu membubarkan Parlimen kerana yakin mampu menang pilihan raya akan datang.”

Bagaimanapun, Dr Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa berpendapat sebaliknya.

Menurut beliau, walaupun permintaan parti tidak dipenuhi, Umno mungkin masih menyokong Belanjawan 2021. – 24 November, 2020.


AWAL DULU

ADA 

JALAN KELUAR

AMIN

SEKARANG 

JALAN 

MAKIN SUSAH

KAH KAH KAH 

SILAP SILAP 

JADI MENTAL

 KAH KAH KAH



Tiada ulasan: