Isnin, 2 November 2020

SIAPA AKAN MENANG ?



ESOK SAPA 

MENANG?

 

Selasa 3 November 2020 lebih dari 300 juta warga Amerika Sarekat akan memilih Presiden. Lebih dari 80 juta telah mengundi awal. Semua angka , semua pugutan suara. semua pemerhati politik dalam Amerika dan luar Amerika berpendapat Presiden ke 45 Amerika Donald Trump akan kalah. Joe Biden akan  menang. 

Apa makna dan tanda politik Amerika yang berlaku sekarang, Apa pula implakasinya terhadp politik dan ekonomi dunia. Wajib diakui Amerika PEMILIK ekonomi kapitalis terbesar dunia. Pemilik  bala tentera terbesar dalam dunia. Apa sahaja berlaku di Amerika akan membawa tempias kepada dunia.

Minggu lalu saya ada menimbulkan apa yang  dipanggil ‘October Surprise ‘ atau saya panggil Gempaq Oktober . Pada bulan oktober – bulan terakhir sebelum mengundi biasanya tukang  kempen parti Democrat atau Republican akan membocorkan maklumat terkini tentang musuh masing dalam usaha untuk meraih undi. Atau membuat kenyataan dasar yang tidak disangka yang diharapkan boleh menjadi besi berani menarik undi.

Gempaq Oktober adalah konsep politik Amerika ini disaat akhir untuk memburukkan musuh.  Pada tahu 2016  Democrat membocorkan e-mail Trump. Republican juga membocorkan e-mail  Hillary yang menggunakan  email resmi kerajaan  untuk kegunaan pribadi. Ketika itu Hillary ialah Setiausaha Negara dibawah kerajaan Obama.

Gempaq Oktober kali ini  muncul  pada 14 Oktober.  Tabloid New York Post membocorkan  rahsia dari sebuah kompter riba.  Amerika jadi heboh. Berita ini meledak untuk memburukan Biden.

Kesah bermula pada April 2019 – seorang Mamat tuan punya kedai memperbaiki computer di Delware  telah menerima sebuah  komputer riba untuk dibaik pulih. Tetapi tuan  empunya komputer tidak datang untuk  mengambil kembali computer yang telah dibaiki.  Mamat ini terlihat isi kandungan komputer. Dia  risau lalu  dia membuat satu salinan. Kemudian  Mamat ini menghubungi FBI dan menyerahkan komputer ini.

Tunggu punya tunggu FBI tidak melakukan apa apa maka Mamat ini menghubungi  Rudy Giuliani bekas Datuk Bandar New York dan juga peguam Trump. 

Giuliani membaca isi  kandungan komputer. Ada surat, ada gambar dan ada klip video sex dengan gadis bawah umur. Rudy Giuliani memberikan  isi  komputer riba untuk ‘ diletupkan ‘ oleh tabloid The New York Post.

Pada hemat sesiapa saja yang membaca isi  kandungan e-mail aakan terperanjat. Isinya jika diselidiki akan memperlihatkan bahaya kepada Amerika. Terutama dari segi petahanan. Surat menyurat juga  menunjukkan telah berlaku salah guna kuasa dan rasuah.

Isu komputer ini meledak bukan kerana video sex tapi  kerna pemiliknya bukan  orang  biasa. Pemiliknya Hunter Biden anak lelaki Joe Biden   bekas Naib Presiden dan calon Presiden 2020.

Hunter saorang saorang  ahli perniagaan yang gagal. Hunter juga  pemadat kokain.   Untuk hidup mewah Hunter telah  menjadi ‘  broker’ menjual nama ayahya yang pada ketika itu Naib Presiden dibawah Presiden Obama. 

Kita di Malaysia tidak hairan dengan berita  saperti ini, Tapi ini pertama kali ’kesah benar’  berlaku di Amerika. Kita di Malaysia  ada Riza Aziz. Riza Aziz    ada Jho Low.  Riza jual  nama  Najib. Hunter  jual nama Biden. Tapi siapa Jho Low untuk Hunter.

Jeng jeng  jeng.  Jangan risau Hunter juga ada Jho Low. Peranan Jho Low dimainkan oleh   Ho Chi Ping.  Siapa sosok ini?

Dari maklumat komputer didapati bagaimana Hunter telah dihubungi oleh Ho Chi Ping. Lelaki China ini dari siasat FBI adalah    ajen China Merah. Dia berselindung dalam perniagaan untuk merisek. Lelaki China ini membuka  peluang  perniagagan cari gali minyak melaui Syraikat CEFC China Energy kepada Hunter Biden.

Ini mondus operandi yang dijalankan oleh China Merah diserata dunia dalam usaha China Merah  merancang untuk menjadi kuasa imperial baru. China Merah mahu menggantikan kuasa imperialis Amerika Sarekat. Kini melalui Hunter  Bidenn China Merah telah berjaya menyusup ke puncak kuasa di Rumah Puteh.

Dalam masa yang sama  Hunter  juga telah direkrut oleh Burisma – syarikat cari gali Ukraine.   Burisma telah melantik  Hunter untuk menjadi ahli lembaga pengarah dengan gaji  dan saham yang lumayan walau pun Hunter buta dalam hal  perniagaan apatah lagi dalm ilmu  cari gali bahan bakar petrolium .

Tidak cukup dengan imbuhan kepada  Hunter  Burisma juga mememberi 10% potogan ke pada Big Guy.

Ingat tidak? Malaysia ada MO1. Amerika ada Big Guy. Siapa MO1? Siapa Big Guy?

Apabila dikaji dan diselidiki isi kandungan surat menyurat  dari dalam  computer maka semuanya terbongkar jelas.

Kesah Hunter menjual nama ayahnya bukan satu pekara baru. Malah  isu ‘jual nama’ ini telah ditimbulkan dalam Kongress Democrat pada tahun 2019 lagi. Ramai ahli parti tak bersetuju  dengan apa yang dilakukan oeh Hunter.

Media dan ahli parti telah mendesak Joe Biden untuk menerangkan duduk pekara. Sama saperti jawapan Najib ‘ saya tak tahu’.  

Joe Biden jugamengakui bahawa dia   tidak tahu menahu hal perniagaan anaknya. Joe Biden menafikan yang dia ada hubungan  dengan peniaagan anaknya.  Bila media memberi tekanan Biden terus berkeras menafikan.

Tup tup email  surat menyurat dalam komputer  mencerahkan semua yang kabur. Jelas China Merah dan Ukraine sedang menggunakan Hunter Biden untuk mempengaruhi bakal Presiden Amerika.  Email ini  juga mensahehkan  bahawa Big Guy ialah  Joe Biden

Apa terjadi?

Bila berita ini meledak pada14 Oktober 2020 – warga Amerika  marah. Melalui media sosial -  Twitter , Google dan Facebook berita ini telah dihebohkan.  Twitter dan Facebook mengambil Langkah ‘ ganas’ . Semua berita yang membawa berita komputer riba dilupuskan atau ditapis. Tuan empunya akoun dipadamkan. Amerika gempar. Jelas  media  neo liberal dan syarikat teknoloji  semunya cuba mempertahankan Joe Biden. 

Media arus perdana  saperti The New York Times, Wahington Post  mengambil  pendirian bahawa -  apa yang sedang berlaku ialah projek Rusia menyebarkan berita palsu   untuk mensabotaj  peluang Biden dari menang.

Rusia sekali lagi saperti tahun 2016 telah digunakan sebagai hantu untuk menakutkan warga Amerika. Walhal yang jelas  terbabit hitam puteh ialah peranan China Merah. 

Keadaan ini telah memanggil   John Ratcliffe Pengrah  National Intelligence untuk membuat kenyataan. Pengarah Intel ini telah menafikan secara terbuka  peranan Rusia. Pengarah Intel berkata bahawa Rusia tidak ada  terbabit dalam kes computer Hunter Biden ini. Khalas.

Tidak cukup dengan ini - pada 27/10 /2020 – Stesen Tv Fox telah membuat temu bual dengan Tony Bobulinsky  rakan niaga Hunter Biden  dalam syarikat SinoHawk Holding. Tony menerangkan hubungan syarikat mereka dengan syarikat CEFC China Energy. Tony  juga memberitahu media bahawa  Joe Biden berbohong pada rakyat Amerika. Joe Biden tahu  semua perniagaan yang dijalankan oleh anaknya Hunter.

Pada 29/10/2020 -  Jawatankuasa Senate telah memanggil Mark Zukerberg dari  dari Facebook,  Jack Dorsey dari Twitter dan  Sundar Pichai dari Google . Tak sampai satu minggu sebelum pengundian berlaku Dewan Senate Amerika mahu tahu kenapa media sosial menjalankan ‘censorship’ melupukan berita, menapis berita  dari diketahui oleh warga Amerika. 

Propaganda tentang  demokrasi dan  kebebasan bersuara di Amerika menjadi persoalan. Kini media Amerika telah sama tarafnya dengan media dunia ketiga saperti di Korea Utara atau di China Merah. Amin.

Kita di Malaysia tidak hairan lagi dengan kes rasuah dikalangan pemimpin negara. Kita tidak terperanjat apabila  tahu bagaimana Riza Aziz anak tiri Najib menjual nama  Najib yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Kita kini dari mahkamah telah mendapat pencerahan akan peranan Jho Low. Ketua Polis Negara juga telah beberapa kali secara berlapik membocorkan kepada media peranan China Merah yang memilihara Jho Low.

Untuk warga Amerika October Surprise  memang memeranjat kan. Apa kah  gempaq oktober akan mengubah ahti pengundi. Mari kita sama lihat jawapannya pada  Selasa 3 Oktober depan. 

Siapa agaknya pilihan warga Amerika. Dari semua pungutan suara dilihat Joe Biden akan ke  Rumah Puteh. 

Ketika tulisan ini digarap   Joe Biden mengatasi  Donald Trump lebih dari 10%.  Populariti Joe Biden 51% dan Donald Trump 43%. 

Tapi awas pada tahun 2016  Hillary mengatasi  16% populariti Trump. Hillary mendapat undi lebih 3 juta dari Trump tapi masih kalah. 

Di Amerika undi popular sama saperti di Malaysia bukan penentu.  Amerika  menggunakan  ‘ electoral  college system ‘  sebagai pemilih akhir.  Setiap 50 buah negeri di Amerika memilki undi. Undi negeri ini akan  dikumpulkan  sebagai penentu.

Apakah Donald Trump akan berjaya melakukan  saperti apa yang telah dilakukan oleh nya terhadap Hillary Clinton pada tahun 2016.    Ketika itu semua media  menyokong Hillary. Semua media meramal Hillary. Malah ada akhbar lebih awal telah membuat tajuk beriat – Hillary ke Rumah Puteh.

Mari kita tunggu dan lihat. Jika Joe Biden menang apa akan berlaku.  Jika Trump kalah apa akan terjadi. Tunggu minggu  hadapan. (TT)




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amerika baik. Tidak ada calon tetap presiden yang tunggu selama lebih 22 tahun. Calon presiden hanya 18 bulan ... lepas pilihanraya, tak menang, balik rumah biar orang lain cuba. Tapi di Malaysia, kita ada calon tetap perdana menteri yang terlama di dunia. Beliau sekarang ingat jawatan perdana menteri patut dia warisi, sebab tu, dia buat kacau. Tak baik macam tu. Rakyat yang menderita apabila politikus ni main wayang kulit.

Ketua Pengarang berkata...

masa dia jadi senator dia lobi senat untuk reform undang undang yang melindungi pengguna kad kredit.

masa tu anak dia kerja dengan syarikat kad kredit.. kebetulan?

"Mr. Biden’s son, Hunter, received consulting fees from the MBNA Corporation from 2001 to 2005 for work on online banking issues. Aides to Mr. Obama, who chose Mr. Biden as his vice-presidential running mate on Saturday, would not say how much the younger Mr. Biden, who works as both a lawyer and lobbyist in Washington, had received, though a company official had once described him as having a $100,000 a year retainer."

"Mr. Biden joined Republicans to defeat attempts by his Democratic colleagues, including Mr. Obama, to soften the bill’s impact on those same constituencies. He was one of five Democrats in March 2005 who voted against a proposal to require credit card companies to provide more effective warnings to consumers about the consequences of paying only the minimum amount due each month."

https://www.nytimes.com/2008/08/25/us/politics/25biden.html



oh begini rupanya syarikat 'membeli' ahli politik untuk kepentingan mereka. di malaysia Modus Operandi ni dah lama.. mereka bagi duit.. bagi jawatan.. kadang2 bagi lendir... pada anak-anak ahli politik... untuk dapatkan apa yang mereka nak.

Tanpa Nama berkata...

Kalu Trump menang aku akan migrate ke Austin Texas. Nanti aku akan jemput Titi datang ke Austin. Itu pun kalu Trump tak halang rakyat negara muslim datang ke US. Idup POTUS.

ami sakai berkata...

tak sabar tengok civil war berlaku fi amerika