POLIS JANGAN
BUANG MASA
INI LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
SEMUA ORANG TAHU
LOKMAN ADAM
MEMANG SAH
LOKMAN ADAM
AMIN
Lokman Adam ditahan polis
BEKAS Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam akan dipohon untuk direman pagi ini selepas ditahan oleh polis malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan itu dan berkata polis akan mengeluarkan kenyataan mengenainya hari ini.
“Ya, sudah ditahan. Kami akan memohon reman pagi ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sumber polis memberitahu, Lokman, 47, ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 malam semalam.
Lokman juga malam tadi mengesahkan beliau ditahan polis.
“Mohon hantar peguam ke USJT (Unit Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman. Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” tulisnya di Facebook.
Seksyen 506 adalah kesalahan berkaitan ugutan jenayah dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda.
Sejak beberapa hari lalu, Lokman kerap mengadakan siaran langsung video di Facebook dan memberikan pandangan mengenai pelbagai isu semasa, antaranya permohonan pengisytiharan darurat oleh kerajaan.
Beliau malam tadi menyentuh soal Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. Sesi itu beliau beri tajuk: ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?”
Pada Oktober tahun lalu, Lokman didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mengapi-apikan orang awam untuk melakukan sesuatu kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah. – 1 November, 2020.
1 ulasan:
Terbukti Lokman Adam ada telor Titanium....KAU ADER BTT..Jangan lupa mcara baca TT...Sah dia dipihak yang benar
Catat Ulasan