Rabu, 8 Januari 2020

PEMIMPIN CONTOH



PEMIMPIN

WAJIB DICONTOHI

Sibuk tadbir negara, Najib dakwa tak ingat tandatangan dokumen SRC


NAJIB Razak kekal dengan kenyataan beliau tidak dapat mengesahkan tandatangannya pada dokumen berkaitan SRC International ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, tandatangan berkenaan kelihatan seperti miliknya dan menambah beliau terlalu sibuk menguruskan negara dan berdepan dokuman yang banyak setiap hari.

Oleh itu, beliau tidak ingat beberapa dokumen yang didakwa ditandatanganinya, katanya kepada mahkamah ketika soal balas dalam perbicaraan SRC International hari ini.

Antara dokumen yang dipersoalkan adalah minit mesyuarat Kementerian Kewangan Diperbadankan bertarikh 17 Februari, 2012 yang membawa tandatangan Najib untuk meluluskan pinjaman kedua SRC International sebanyak RM2 bilion.


Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram, Najib mengakui ada percanggahan antara apa yang beliau beritahu mahkamah dalam keterangan saksinya dan apa yang beliau beritahu penyiasat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lalu.

Beliau berkata, ketika ditunjukkan dokumen berkenaan semasa soal siasat SPRM, beliau hanya ditunjukkan dokumen secara ringkas, ketika mengesahkan tandatangan itu adalah miliknya.

Sithambaram kemudian bertanya Najib sama ada beliau ingat menadatangani dokumen berkenaan, yang mana Najib menjawab beliau tidak ingat kerana ia sudah lama.

“Saya tandatangan banyak dokumen setiap hari. Saya menguruskan negara. Terdapat 1,001 perkara yang peru dibuat. Saya tak ingat semuanya,” kata Najib. – 6 Januari, 2020.


INI BUKTI

NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

TAKDA MASA

NAK LIHAT DUIT

WALAU PUN

JO LOW DAH 

MASUKKAN 

BERBILION BILION
RINGGIT

AMIN
---------------

Tiada ulasan: