KALAU ABAH
TAK NAK
APA JADI?
JENG JENG JENG
SAJE TANYA
MANA TAHU
KALAU ABAH
RASA ADA
UNDI TAK CAYA
KAH KAH KAH
Junjung titah Agong, PM perlu adakan sidang Parlimen, kata pembangkang
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang Parlimen boleh bersidang ketika negara diisytiharkan darurat, kata Majli Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Gabungan pembangkang berkata ia sangat bersetuju dengan pandangan Agung yang Parlimen sepatutnya terus berfungsi ketika negara berdepan krisis kesihatan.
“Kami menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong atas pandangan yang dizahirkan hari ini iaitu Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang ditandatangani presiden PKR, DAP dan Amanah.
“Perdana menteri perlu menjunjung titah dan segera menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen seawal bulan Mac sepertimana diperkenan Tuanku di dalam Takwim Parlimen sebelum ini.”
Istana hari ini mengeluarkan kenyataan berkenaan keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang ketika darurat.
Baginda menzahirkan pandangan itu selepas menerima mengadap Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Dr Rais Yatim di Istana Negara hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan genap 45 hari selepas Yang di-Pertuan Agong membuat perisytiharan darurat bertujuan membendung penularan Covid-19, berkuat kuasa pada 11 Januari lalu.
Pembangkang mendakwa Muhyiddin memohon pengisytiharan darurat sebagai usaha untuk kekal berkuasa selepas kerajaan Perikatan Nasional hilang majority di Parlimen.
Dalam kenyataan Majlis Presiden PH, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada Agong atas pandangan itu, berkata Parlimen juga perlu terus memainkan peranan dalam memastikan urus tadbir kerajaan terjaga dan proses semak imbang diteruskan.
“Ini juga pendirian PH serta majoriti ahli Parlimen, bahawa pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman boleh berfungsi sewaktu darurat berkuatkuasa, Parlimen juga perlu terus memainkan peranannya.”
Dewan Rakyat kali terakhir bersidang pada 17 Disember sementara Dewan Negara, pada 29 Disember.
Mengikut Perlemabagaan, Parlimen mempunyai enam bulan – atau hingga 29 Jun – untuk bersidang semula sebelum ia secara automatic akan terbubar. – 24 Februari, 2021
2 ulasan:
Kalau dengar cakap pembangkang , klaster mahkamah dan yang sewaktu dengan nya , hari Hari kata rakyat semakkn muak marah dan semakin meruap ruap kebencian kepada PM, pelabur lari tak sempat beri salam pelabur baru tak datang negara ini untuk melabur,,hakikat rakyat macam biasa je takde yang marah semua nampak aman, biasa lah sikit sikit masaalah dan kususahan rakyat kerana covid terjadi dan ini berlaku pada hampir semua negara di dunia,
Yang meruap ruap macam kera kena belacan atau ikan keli kena caubide ialah orang politik yang tak sehaluan, klastef mahkamah yang tunggu hukuman dan yg sewaktu dan sekiblat dengan matlamat ,, ini lah org yg hari hari buat pelabur takut nak datang melabur, hari hari kata negara nak mampus, rakyat susah ekonomi hancur kerajaan tak setabil kerjaan nak jatuh, negara dah macam kedai ekor jual number,rasuah masih berlaku penjawat awam very powerful gaji kemudahan masih mcm biasa wlpun delivery system mereka hancur,,tiada siapa yg berani tegur, kalau lah TT jadi pelabur agak agaknya nak ke TT hampir pada negara ini,, satu lagi pelabur lari, pelabur lari bukan satu jangka masa yg singkat, cadangan untuk melarikan diri dan perancangan untuk pindah kan pelaburan ke negara lain mengambil masa yg lama 2ke3 tahun, bukan boleh suka suka pindah macam tutup kedai pelacuran,,
Orang POLITIK dan Kakitangan kerajaan kita tiada QUALITY dan amanah dan ini masaalah besar negara sekarang,, ini lagi teruk dari covid ini tiada
Abah nak ke tak nak tetap kena tiaw...
Catat Ulasan