Keputusan Aramco keluar daripada projek Pengerang ini memang agak mengejutkan.
Ini bukan pelaburan kecil. Projek ini bermula ketika Raja Salman melawat Malaysia pada 2017, masa Najib menjadi Perdana Menteri.
Ketika itu, Aramco umum pelaburan sampai RM30 bilion dalam projek RAPID/Pengerang, dan ia dianggap antara kejayaan terbesar hubungan Malaysia-Saudi ketika itu.
Kini, pada 2026, Aramco akan memindahkan pegangan ekuitinya kepada Petronas. Selepas ini, PRefChem akan dimiliki sepenuhnya oleh Petronas.
Soalannya ialah kenapa sekarang?
Setahu saya, Aramco tidak ada trend keluar besar-besaran daripada operasi penapisan minyak global sejak kebelakangan ini. Malah, tiada isyarat jelas bahawa Aramco mahu menarik diri daripada semua projek penapisan lain.
Sebab itu keputusan keluar dari Pengerang ini nampak luar biasa dan patut diberi perhatian.
Lebih-lebih lagi apabila hubungan Malaysia-Saudi di bawah Anwar bin Ibrahim nampaknya tidak sekuat zaman Najib.
Contoh paling mudah: isu kuota haji tambahan. Sudah beberapa tahun Malaysia meminta tambahan kuota haji, tetapi jawapan Saudi masih senyap atau tidak jelas.
Ini berbeza dengan zaman Najib, apabila hubungan peribadi dan diplomatik dengan Arab Saudi nampak jauh lebih rapat dan lebih berkesan.
Dari sudut Petronas pula, rakyat juga wajar tanya kesan kewangan keputusan ini. Harga jualan pegangan Aramco tidak didedahkan. Kalau Petronas perlu mengambil alih pegangan itu pada nilai besar, apakah ini akan menekan aliran tunai Petronas?
Pada masa sama, Aramco bukan sekadar pelabur kewangan. Mereka membawa pengalaman dan kepakaran teknikal yang amat perlu bagi loji penapisan yang canggih ini.
Bila Aramco keluar, kita harap Petronas benar-benar mampu mengurus PRefChem sepenuhnya tanpa menjejaskan operasi, margin dan daya saing projek ini.
Ini bukan isu kecil.
Dulu pelaburan Saudi masuk dianggap bukti keyakinan besar kepada Malaysia.
Sekarang apabila Aramco keluar, kerajaan tidak boleh sekadar kata “Petronas ambil alih sepenuhnya” dan anggap semuanya selesai.
Sebab yang saya tengok, laporan media tempatan rata-rata ialah "Aramco pindah milik kepada Petronas" tetapi laporan luar negara ialah "Aramco tarik diri dari Malaysia".
Rakyat berhak tahu:
Kenapa Aramco keluar?
Sebab kalau pelaburan strategik yang masuk masa hubungan rapat kini mula keluar ketika hubungan tidak sekuat dulu, itu bukan sekadar berita korporat.
Itu isyarat politik dan ekonomi yang patut kita ambil serius.