BERITA BAIK
GEROMBOLAN
SEDANG GADUH
SAMA SENDIRI
KHALAS
BERITA BURUK
KALAU MEREKA
IKUT NASEHAT
MUHASABAH
DIRI
MAKA RAKYAT
AKAN DITIPU LAGI
KAH KAH KAH
Muhasabah kenapa rakyat marah, gesa Asyraf Wajdi
PEMIMPIN kerajaan tidak boleh menuding jari kepada rakyat yang marah dan mempertikaikan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Mereka sebaliknya perlu bermuhasabah dan cuba memahami kenapa rakyat marah, katanya.
“Ada pemimpin kerajaan dakwa rakyat dihasut untuk marah. Bagaikan ada perancangan sistematik untuk bangkit kemarahan rakyat.
“Cukup-cukuplah menuding jari dan mencari salah. Lebih baik ambil peluang bermuhasabah. Ada sebab kenapa rakyat marah!” katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Asyraf Wajdi tidak menyebut nama “pemimpin kerajaan” yang dimaksudkan.
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa baru-baru ini dilapor berkata ada usaha terancang untuk menanam kebencian kepada kerajaan PN melalui penyebaran berita palsu di tengah pandemik Covid-19.
“Kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan.
“Kita tahu perkara itu dilakukan secara agak tersusun maka kalau sekiranya kerajaan tidak punya keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya,” kata Annuar.
Bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional (BN) menjawab soalan mengenai amalan kerajaan yang disifatkan pilih bulu dalam hal berkaitan pandemik Covid-19.
Menurut Asyraf Wajdi, rakyat marah kerana wujud pilih bulu dan pilih kasih, atau double standard, dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19.
“Rakyat marah sebab wujud layanan berbeza dari segi penguatkuasaan undang-undang.
“Rakyat marah sebab kompaun dikenakan tanpa pertimbangan kemanusiaan bahkan seringkali bersifat dwi-standard (kayangan dan marhaen),” katanya.
Rakyat bukan marah kerana kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Asyraf Wajdi, tetapi mereka marah kerana cara pelaksanaannya dan prosedur operasi standard yang tidak konsisten dan cacamarba.
“Fahamilah keresahan rakyat! Selamilah kepayahan rakyat! Dengarilah denyut nadi dan suara hati rakyat!” tambahnya.
Beliau mengingatkan pemimpin diangkat oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.
Putrajaya minggu ini mengumumkan pelaksanaan PKP di Selangor bermula semalam serta di Kuala Lumpur dan beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak bermula hari ini.
Menteri Kanan Kesihatan Ismail Sabri Yaakob berkata beliau faham rakyat marah dengan pelaksanaan PKP itu, kali yang ketiga sejak Covid-19 menular di Malaysia pada awal 2020.
Namun katanya keputusan kerajaan itu hanya untuk memastikan keselamatan rakyat.
PKP di enam daerah di Selangor berkuat kuasa sehingga 17 Mei sementara bagi Kuala Lumpur dan daerah-daerah lain sehingga 20 Mei. – 6 Mei, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan