SUMPAH SUMPIT
LADA API
PERUT KAU BUNCIT
DITIBAI BENGALI
KAH KAH KAH
Agong, PM langgar sumpah jawatan jika langgar perlembagaan, kata Ku Li
YANG di-Pertuan Agong dan juga perdana menteri melanggar Perkara 55 Perlembagaan sekiranya Parlimen tidak bersidang segera, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Katanya, peruntukan itu jelas menyatakan tanggungjawab baginda memanggil sidang Parlimen dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan terakhir.
Oleh itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh menasihati baginda melanggar peruntukan tersebut, katanya lagi dalam satu kenyataan.
“... Di bawah Perkara 55 itu, (baginda) bertanggungjawab memanggil (sidang) Parlimen dalam masa enam bulan dari tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas.
“Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri melanggar perlembagaan dan sumpah jawatan,” katanya.
Beliau mengulas komentar yang muncul selepas baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Parlimen perlu bersidang seberapa segera.
Selepas baginda menitahkan demikian pada Selasa, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kemudian mengumumkan Parlimen akan bersidang semula pada September atau Oktober.
Pengumuman itu menimbulkan kritikan banyak pihak yang antara lain melihat Muhyiddin melakukan penderhakaan kerana masih terus menghalang sidang Parlimen diadakan segera.
Di pihak kerajaan tindakan Muhyiddin antara lain dipertahan menteri hal ehwal undang-undang Takiyuddin Hassan yang berkata, Agong tidak menetapkan masa khusus bagi Parlimen bersidang.
Ia berdasarkan undang-undang dalam Perkara 55 yang menetapkan perdana menteri bertanggungjawab untuk menasihati baginda dalam melaksana persidangan Parlimen.
Peruntukan itu meliputi kuasa memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.
Namun peguam terkemuka seperti Azam Aziz berpendapat, baginda sudahpun mempunyai kuasa mutlak ke atas perkara itu memandangkan undang-undang darurat masih berkuatkuasa.
Disebabkan darurat masih berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021, maka kuasa untuk memanggil sidang Parlimen termaktub di bawah Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat 2021.
Maka, Agong berkuasa mutlak untuk bertindak secara bersendirian tanpa memerlukan nasihat perdana menteri dan memanggil Parlimen bersidang seberapa segera sebelum 1 Ogos, katanya.
Peruntukan Perkara 55 itu hanya akan berkuatkuasa semula selepas perintah darurat berakhir pada 1 Ogos, katanya dalam kenyataan di Facebook. – 18 Jun, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan