Isnin, 5 Julai 2021

KENTUM MANGSA KOLONIAL INGGERIS

 

KETUM

PRODUK ASLI

TANAH MELAYU

MANGSA KOLONIAL

INGGERIS

KHALAS 

UNDANG UNDANG

 ANTI KETUM 

 DIBUAT

TAHUN 1952

 AMIN 

INGGERIS LARANG

MINUMAN ASLI 

TEMPATAN

 AMIN

PAKSA BELI

TIGER - GUINESS 

 KHALAS 

KALAU KETUM

 BAHAYA 

KENAPA 

MEK DOGAL 

KENAPA KENTAKI

YANG DIBUKTI 

 BAWA MUDARAT

 PADA KESEHATAN

 TIDAK HARAMKAN

KHALAS



Polis rampas daun ketum bernilai RM12,000 

POLIS Kelantan mematahkan dua aktiviti penyeludupan daun ketum dengan nilai keseluruhan RM12,000, dalam kes berasingan di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, di Jeli, pada 2 dan 3 Julai.  

Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin berkata bagi kes rampasan pertama kira-kira 1.30 pagi pada Jumaat, pihaknya menemukan 100 bungkusan plastik hitam yang mengandungi satu tan daun ketum bernilai RM10,000.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 28 tahun cuba menyeludup barangan larangan itu dengan menggunakan taktik menyembunyikannya dalam timbunan anak pokok kelapa sawit yang dibawa menggunakan sebuah lori.

“Polis menahan lori yang dipandu suspek terbabit kerana dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan terhadap lori itu yang datang dari arah Gerik-Jeli, telah menemukan barangan berkenaan yang dipercayai untuk dipasarkan di beberapa daerah di Kelantan.

“Suspek yang negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau itu direman bermula 2 Julai hingga esok,” katanya pada sidang media di dewan terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan di lokasi SJR yang sama, kira-kira 1.30 tengah hari, semalam, seorang lelaki berusia 22 tahun turut ditahan selepas polis menemukan 20 bungkusan beg plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 200 kilogram yang bernilai RM2,000.

Beliau berkata suspek terbabit yang memandu Proton Persona ditahan kerana merentas negeri tanpa memiliki surat kebenaran rentas negeri dan hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan barangan berkenaan dalam kenderaannya.

“Hasil ujian urin terhadap suspek mendapati negatif dadah dan dia direman bermula hari ini hingga 7 Julai,” katanya sambil memberitahu kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kesemua bekalan daun ketum yang dirampas itu diperoleh dari Semenanjung utara untuk dipasarkan ke negeri ini. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkata enam lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan kerana memiliki 513 biji pil kuda, 12 gram syabu, tiga kilogram daun ketum dan 600 mililiter air ketum yang telah diproses dengan nilai keseluruhan RM6,380.

Kesemua individu berumur 30 hingga 50 tahun itu ditahan ketika sedang khayal atau di bawah pengaruh dadah, di kawasan pondok di Kampung Gemang Ayer Lanas, daerah Jeli, semalam.

“Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 39A(1) akta yang sama dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – Bernama, 4 Julai, 2021.




BEBASKAN

GANJA

AMIN

BEBASKAN 

KETUM

AMIN

DARI UNDANG2

KOLONIAL

KHALAS 

HORMATI

 ANGKAT

 TANAMAN ASLI 

BUMI 

TANAH MELAYU 

KHALAS

 KETUM TERBAIK 

DALAM DUNIA

 DATANG DARI 

TANAH MELAYU 

 AMIN

JANGAN BODOH

 MOSANTO AKAN PATEN MACAM  TONGKAT ALI

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua sokong! jangan cari gali minyak, tutp ladang durian! mansuhkan semua jawatan menteri serta kabinet dan segala macam pangkat. Jangan guna baju serta seluar tapi bercawatkan daun! duduk di gua batu! gua memang sokong sangat-sangat! biar tanah melayu nie jadi hutan belantara semula! Kah! Kah! Kah! tak payah ada politik lagi!