Jumaat, 27 Ogos 2021

PENG ANAL GAGAL

 


PENG ANAL

JELAS GAGAL

KAH KAH KAH

TAK FAHAM

LANGKAH 

SYARATTON

KHALAS



Ismail Sabri tiada pengaruh untuk tukar menteri, kata penganalisis 


BARISAN Kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan hari ini menunjukkan beliau mempunyai pengaruh yang terhad dalam kerajaan, kata penganalisis. 

Mereka juga berkata barisan berkenaan juga merupakan kesinambungan daripada legasi pendahulunya Muhyiddin Yassin. 

Tambah mereka, barisan kabinet ahli Parlimen Bera itu tidak mengejutkan dan menyifatkan kabinet itu sebagai Perikatan Nasional 2.0. 

Pagi ini, Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet secara langsung di televisyen yang mengekalkan hampir kesemua menteri dalam kabinet di bawah pentadbiran Muhyiddin dan hanya menamakan beberapa muka baharu. 

Ahli akademik Universiti Tasmania Prof James Chin memberitahu The Malaysian Insight perdana menteri baharu pasti akan menamakan barisan kabinetnya sendiri sekiranya beliau benar-benar mempunyai kuasa. 

Tambahnya Kabinet baharu itu adalah yang tidak stabil dan sama di bawah Muhyiddin. 

“Saya sudah perkatakan sebelum ini yang saya tidak menjangkakan banyak perubahan. Sebabnya adalah krana ahli Parlimen yang menyokongnya adalah sama yang menyokong Muhyiddin. 

“Jadi ia tidak mengejutkan. Ia hanya kerajaan sambungan. Beezanya adalah Bersatu tidak lagi menerajui kerajaan sekarang. 

“Jelas bahawa kerjasama dengan pembangkang tidak akan berlaku (dengan barisan Kabinet ini), dan fakta bahawa beliau tidak boleh tukarkan sesiapa menunjukkan beliau tiada kuasa,” kata Chin. 

Sementara itu Pengarah Program Iman Research Badrul Hisham Ismail secara sinis berkata pergolakan politik yang berlaku bulan lalu hanya membuang masa kerana muka yang sama masih dalam kerajaan. 

“Para menteri tidak sepatutnya mengosongkan pejabat mereka. Kini mereka perlu letak semula barang mereka di pejabat yang sama dikosongkan dua minggu lalu. 

“Semua perebutan kuasa ini adalah buang masa kerana akhirnya, orang yang sama juga kembali ke kementerian,” katanya. 

Katanya barisan Kabinet Ismail Sabri adalah “kerajaan gagal” sama yang prnah mentadbir negara selama 17 bulan. 

“Apa yang kita boleh jangkakan dengan kerajaan gagal? Kerajaan Muhyiddin tidak menjalankan tugas dengan baik dalam menangani pandemik Covid-19, kini barisan yang sama mentadbir negara. 

“Dan kita mengharapkan suatu kemajuan yang baik dari mereka? Pastinya itu tidak akan berlaku,” katanya. 

Badrul juga berkata Ismail Sabri masih perlu mendapatkan kebenaran ketua partinya sebelum meluluskan sebarang dasar baharu. 

“Ismail Sabri kini perlu resti daripada presiden Umno dan majlis tertinggi sebelum beliau boleh memutuskan sesuatu dasar kerana beliau bukan pemimpin nombor satu parti. 

“Beliau juga perlu runding dengan Bersatu keraja jika tidak, ada kemungkinan berlaku pemberontakan, sebagaimana yang Umno lakukan kepada Muhyiddin.”

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ahmad Murthada Mohamed berkata keputusan Ismail Sabri untuk bekerja dengan menteri yang sama adalah untuk mewujudkan kestabilan dalam kerajaannya. 

Beliau berkata Ismail Sabri juga mahu tunjukkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa kini beliau yang mentadbir. 

“Dengan tidak memilih ahli Umno dari kem Zahid, ini menunjukkan Ismail Sabri cuba menyampaikan mesej kepada Zahid bahawa kini beliau mentadbir. 

“Beliau turut mengekalkan jawatan menteri kanan untuk mewujudkan keseimbangan dan kestabilan. Mereka adalah orang yang sama ketika beliau menjadi TPM,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ke lapan apabila hilang sokongan majoriti susulan penarikan sokongan oleh 15 ahli Parlimen Umno. 

Presiden Bersatu itu sebelum ini enggan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, namun cubaan terakhirnya untuk bekerjasama dengan pembangkang gagal apabila semua parti pembangkang menolak tawaran pembaharuannya sebagai pertukaran untuk sokongan. 

Bagaimanapun timbalannya Ismail Sabri berjaya meraih sokongan majoriti – termasuk dari ahli Umno yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin – untuk menjadi perdsana menteri Malaysia ke sembilan. – 27 Ogos, 2021.

 MALIKUL MASIH

ADA GARAM

AMIN

APA BUKTI

APA TANDA

SILA  TUNJUK 

KHALAS

BUKTINYA

AMAT SENANG

KAH KAH KAH

MALIKUL TAK

MINAT KERETA

AUDI

KAH KAH KAH

SABRI TERAJANG

KERETA AUDI

AMIN

TAK CAYA LU

GI TANYA

PEMANDU AUDI

YANG KETAT

LAGI SENDAT

KHALAS



Tiada ulasan: