Selasa, 28 Disember 2021

KERAJAAN SABRI 114 GAGAL & MANAI

 



Mangsa banjir muak lihat ketidakcekapan ahli politik, kerajaan

“TIDAK mampu, tidak cekap, tidak efektif, segala-galanya gagal.”

Ia menggambarkan kemarahan penduduk di Shah Alam, Selangor mengenai pengendalian banjir oleh kerajaan pusat, parti politik dan ahli politik di negeri itu.

Penduduk yang kecewa membidas menteri dan agensi kerajaan, mengatakan kelewatan tindak balas mereka menyebabkan beberapa keluarga bukan sahaja kehilangan aset berharga mereka tetapi juga orang tersayang.

Seorang penduduk Sri Muda yang hanya mahu dikenali sebagai Sara berkata, kegagalan kerajaan menangani situasi kritikal itu menunjukkan ketidakupayaan ahli politik yang mereka sendiri undi.

“Semasa krisis, di sebalik tergesa-gesa ke tempat kejadian untuk membantu rakyat, kita ada menteri yang mengadakan majlis pelancaran untuk membantu mangsa banjir.

“Menteri dan ahli politik melakukan aksi publisiti mereka manakala hanya sebilangan yang turun padang sejak hari pertama.

“Agensi juga lewat tiba… ingin tahu berapa lewat? Saya terkandas di bumbung selama dua hari sebelum penyelamat datang membantu saya. Begitulah lambatnya mereka,” kata warga berusia 32 tahun itu.

Angka kematian susulan banjir di negara ini kini mencecah 48 orang manakala lima orang masih hilang.

Selangor kekal sebagai negeri dengan jumlah kematian tertinggi dengan 25 mangsa diikuti Pahang (20) dan Kelantan (tiga).

Sara berkata, beliau tidak menafikan sumbangan segelintir ahli politik khususnya Adun Kota Kemuning Ganabatirau Veraman dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, yang didakwanya bertungkus-lumus membantu mangsa banjir.

Beliau memuji Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan tindakan pantas mereka datang membantu mangsa banjir.

“Ganabatirau, Amirudin dilihat bekerja sepanjang masa untuk membantu tetapi beberapa menteri kerajaan datang dengan sekumpulan besar pengikut, hanya untuk mereka buat gimik kemudian bercakap kepada akhbar seolah-olah mereka melakukan banyak kerja.

“Saya harus akui, Syed Saddiq dan Muda ada di mana-mana. Mereka turun padang membantu. Ia menunjukkan semangat sebenar mereka untuk membantu, walaupun mereka bukan dalam kerajaan,” kata Sara.

Muda mengumumkan mengumpul kira-kira RM1 juta dalam masa kurang 100 jam untuk membantu mangsa banjir.

Sara juga berkata, bukannya ahli politik atau agensi kerajaan, sebaliknya rakyat Malaysia yang bersatu hati menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau berkata, rakyat Malaysia dari semua kaum bergabung sebagai satu keluarga - semuanya dengan satu tujuan - untuk membantu mangsa banjir.

Kalaichelvan, seorang lagi penduduk dari Kota Kemuning yang dilanda banjir berkata, dia sudah muak dengan politik dan ahli politik di negara ini.

Beliau berkata, jumlah kematian tidak akan meningkat kepada angka hari ini, jika kerajaan cekap dan pantas. – 28 Disember, 2021.

 BILA DAH TAHU

KERAJAAN

 SABRI 114

KERAJAAN GAGAL

KERAJAAN MANAI

MASA PRU15

HUMBANKAN

MEREKA

AMIN

PILIH KERAJAAN

BARU YANG

CEKAP BUKAN

KAKI PUTAR

AMIN

JANGAN HANYA

BISING SEKARANG

TAPI BILA KENA

SUAP DUIT OLEH

NAJIB

UNDI PUKI MAK

PARTI SAMA

AMIN

PARTI PELACUR

KETUANAN MELAYU

CUKONG CHINA

WAJIB DIHUMBANKAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, ada parti yang tak ber-pelacur ke? Tolong beri pencerahan.