KOBID TERUS
MENYERANG
AMIN
EKONOMI MAKIN
MERUNDUM
AMIN
APA
POLITIKUS BUAT
AMIN
TAK HABIS HABIS
NAK JADI PM
AMIN
Malaysia mungkin jadi negara 'sakit'
MALAYSIA hampir menjadi negara ‘sakit’ seperti Filipina pada 1970-an kerana kerajaan gagal mengekang wabak Covid-19, kata ahli Parlimen pembangkang Dr Ong Kian Ming.
Ahli Parlimen Bangi itu menyatakan bagaimana pelabur asing menjauhkan diri dari Filipina ketika kerana negara itu berada di bawah pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.
Malaysia kini menuju ke arah itu kerana kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menguruskan pandemik Covid-19 selain berusaha hanya untuk memastikan gabungan kerajaan kekal utuh.
“Adakah Malaysia dalam bahaya, menempuh jalan yang sama dan dilihat sebagai ‘orang sakit’ baru Asia pada tahun 2020-an kerana ketidakcekapan politik dan ketidakmampuan menguruskan krisis Covid-19 di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)?
“Ketidakupayaan kerajaan PN menguruskan gelombang ke-3 kes Covid telah mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua pada awal 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Filipina pada 1970-an di bawah Marcos mengalami perselisihan ekonomi dan politik dengan para pelabur mengelak pemerintahan diktatornya.
Penurunan pelaburan asing Malaysia terbukti dengan angka dari kajian Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) baru-baru ini, yang menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) negara pada 2020 merosot 68%.
Sebagai perbandingan, negara-negara jiran mencatat penurunan yang lebih rendah berbanding Singapura (-38%), Indonesia (-24%) dan Thailand (-50%). Malah Filipina menyaksikan peningkatan FDI sebanyak 29% pada 2020.
Ong berkata, angka UNCTAD berdasarkan aliran masuk FDI yang sebenar, tidak seperti angka yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Angka-angka ini adalah aliran masuk FDI yang masuk ke negara masing-masing tidak seperti angka FDI yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, awal tahun ini, yang hanya meluluskan pelaburan dan bukannya pelaburan yang direalisasikan.
“Pada masa sama, laporan mengenai beberapa syarikat multinasional yang memindahkan ibu pejabat (HQ) mereka keluar dari Malaysia ke negara seperti Indonesia juga telah memberikan gambaran bahawa Malaysia tidak lagi menjadi tempat menarik buat pelabur asing,” katanya.
Tambah Ong, terdapat laporan negatif mengenai Malaysia tetapi kerajaan tidak buat apa-apa untuk mengatasi masalah ini dan ini menunjukkan Malaysia tidak begitu kompetitif di rantau ini.
“Laporan-laporan ini berperanan dalam membangun naratif yang lebih besar bahawa Malaysia ketinggalan dari negara jiran kita dalam banyak bidang, tidak dapat menguruskan krisis Covid-19, dibelenggu oleh ketidakstabilan politik, mempunyai kabinet yang tidak kompeten dan polisi kerajaan yang bertukar-tukar yang merosakkan atmosfera perniagaan,” katanya.
Penolong pengarah pendidikan politik DAP itu juga menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali atas hiangnya keyakinan pelabur selain menegaskan bahawa beliau tidak berguna ketika memegang Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan Pakatan Harapan.
“Sama seperti beliau tidak cekap dalam menguruskan portfolio ketika menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan Pakatan Harapan, beliau telah buktikan dirinya (jika tidak lebih) tidak layak memegang jawatan Menteri MITI.
“Dengan kepemimpinan ekonomi dan politik seperti ini di bawah kerajaan PN, tidak hairanlah jika Malaysia dilabel sebagai ‘orang sakit’ baharu Asia,” kata Ong. – 1 Februari, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan