Mahkamah Singapura tangguh hukuman mati rakyat Malaysia
MAHKAMAH Tinggi Singapura membenarkan penangguhan sementara pelaksanaan hukuman mati bagi warga Malaysia Pausi Jefridin dan rakyat Singapura Roslan Bakar kerana kedua-duanya memohon semakan kehakiman.
N Surendran daripada Lawyer for Liberty mengesahkan perkara ini kepada The Malaysian Insight.
Peguam mereka M Ravi dalam catatan Facebook berkata kos untuk memfailkan rayuan kini ditetapkan sebanyak SGD20,000 dan perlu dibayar selewat-lewatnya 1.45 petang hari ini.
Kedua-duanya dijadualkan menjalani hukuman mati hari ini.
Pausi, dari Sabah, dan Roslan, mempunyai IQ rendah, didapati bersalah mengedar dadah.
Mereka didapati menyeludup diamorphine seberat 96.07g dan methamphetamine seberat 76.37g pada 2010.
Menurut wartawan Singapura Kirsten Han, dokumen mahkamah menunjukkan IQ Pausi dinilai pada tahap 67.
“Keluarga Pausi, dari Malaysia, hanya mempunyai tiga hari untuk menemuinya sebelum hukuman mati,” katanya di Twitter.
Selain Pausi, seorang lagi rakyat Malaysia, Nagaentran K Dharmalingam, turut dijatuhkan hukuman mati.
Nagaenthran didiagnosis kurang upaya intelek dan mempunyai IQ 69, yang lebih rendah daripada purata.
Nagaentran memfailkan dua permohonan bulan lalu dalam usaha untuk menghentikan hukuman matinya.
Mahkamah Rayuan Singapura dijadualkan memberikan keputusannya pada akhir bulan ini. – 16 Februari, 2022.
2 ulasan:
benar betul tapat lagi setuju...
sama seperti yg mengebom tuya kena hukuman yg mengentot dapat kesedapan berziana ke hulu berziana ke hilir
Catat Ulasan