Rabu, 30 Mac 2022

MAKIN RAMAI TAK PUAS HATI

 


Pembayar cukai wajib tahu tentang keselamatan data MySejahtera, kata TI-M

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) perlu mendedahkan kepada pembayar cukai butiran lanjut tentang perlindungan data aplikasi MySejahtera, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

Presidennya Muhammad Mohan berkata timbul kebimbangan yang tinggi mengenai perlindungan data peribadi dan privasi, seperti yang ditetapkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

“Kerajaan pegang amanah besar untuk menjaga data peribadi dengan penuh kerahsiaan dan menjaga kontrak awam bernilai berjuta-juta ringgit menggunakan wang pembayar cukai dengan telus; bukan sebaliknya.

“Bagaimana ia akan jalankan prinsip keselamatan dalam Seksyen 9 PDPA,” kata Muhammad dalam satu kenyataan hari ini.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) ialah Akta yang mengawal selia pemprosesan data peribadi berhubung transaksi komersial.

Ia telah diwartakan pada Jun 2010. Penalti bagi ketidakpatuhan adalah antara RM100,000 hingga RM500,000 dan/atau antara satu hingga tiga tahun penjara.

Muhammad menekankan betapa pentingnya untuk mencegah kebocoran maklumat dan dana awam secara sama rata dan memastikan aplikasi itu tidak berada di tangan yang salah.

Ini, katanya, “sebelum kita berakhir dengan satu lagi skandal atau memalukan negara”.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan secara terperinci di Dewan Negara esok semua persoalan yang dibangkitkan berhubung pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera.

Beliau dilaporkan telah memohon kepada Yang Dipertua Dewan Negara Dr Rais Yatim untuk membenarkan satu usul dibahas pada Khamis ini memandangkan isu melibatkan data peribadi adalah perkara penting.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut menggesa kerajaan menjelaskan dakwaan penglibatan MySJ dalam pengambilalihan MySejahtera.

Pada Isnin, Khairy berkata kerajaan masih berunding terma dengan MySJ Sdn Bhd untuk melanggan perkhidmatan MySejahtera.

Beliau berkata perjanjian yang dikatakan antara pemaju asal aplikasi itu, Entomo Malaysia Sdn Bhd, dan pemegang lesen, MySJ Sdn Bhd, tidak ada kaitan dengan rundingan antara kerajaan dengan MySJ.

“Jumlah yang mereka (MySJ Sdn Bhd) telah bersetuju dengan Entomo tidak ada kaitan dengan rundingan kerajaan.

“Saya boleh memberitahu anda sebenarnya jumlah yang kita sedang berunding jauh lebih rendah daripada RM300 juta. Ia jauh lebih rendah daripada itu.”

CodeBlue melaporkan harta intelek dan lesen perisian aplikasi MySejahtera akan dijual oleh Entomo Malaysia Sdn Bhd kepada MySJ Sdn Bhd pada harga RM338.6 juta.

Laporan itu menyebut jualan hak itu adalah untuk tempoh sehingga 2025, merujuk dokumen saman mahkamah oleh salah satu pemegang saham MySJ, P2 Asset Management Sdn Bhd.

Entomo Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai KPISoft Malaysia Sdn Bhd, membangunkan dan memiliki perisian proprietari yang digunakan untuk membina aplikasi MySejahtera.

Muhammad berkata mereka sangat prihatin terhadap kurangnya ketelusan dalam pemilikan dan kawalan aplikasi MySejahtera yang telah dimandatkan kerajaan untuk kegunaan semua orang di Malaysia sejak 2020.

“Rakyat telah serahkan kepada kabinet kebimbangan besar dalam pemindahan atau penjualan aplikasi yang dikatakan kepada syarikat MySJ Sdn Bhd di mana dua individu yang sama adalah pengarah syarikat semasa yang mentadbir permohonan itu, KPI Soft Sdn Bhd.

“Kedua-dua individu ini dilaporkan mempunyai kaitan politik.”

Beliau berkata memandangkan kos operasi dan penyenggaraan MySejahtera melibatkan dana awam, perlu ada proses yang betul tentang bagaimana “penswastaan” ini dikendalikan dan kos yang sama akan melibatkan wang pembayar cukai.

“Terlalu banyak persoalan timbul daripada pemindahan hak milik aplikasi kesihatan nasional, iaitu mengapa ia tidak dimiliki, dikawal secara langsung oleh kerajaan.”

Tambah Muhammad kenyataan yang dibuat oleh kementerian kesihatan, seperti yang dilaporkan dalam portal berita memberikan sedikit maklumat mengenai tujuan pemindahan atau mekanisme yang akan dibuat untuk mencegah penjualan, penggunaan atau penyalahgunaan data peribadi pengguna. – 30 Mac, 2022.

 KERAJAAN

TIPU RAKYAT

LAGI 

AMIN 

KERAJAAN 

PAKSA RAKYAT

AMIN

KEMUDIAN

 KERAJAAN

JUAL RAKYAT

KEPADA CUKONG

KHALAS




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puki tiang betul lah. Gua tak pernah ada akaun facebook twitter instagram sbb buat apa gua nak bg info tentang diri gua pd entah sape sape. MySejahtera gua ada sbb dah terpaksa kalau gua tahu MySejahtera pun nak jd mcm facebook twitter dan instagram dah lama gua hempas applikasi ni.