Rabu, 6 Julai 2022

BERAPA BANYAK KES ZAHID ?


87 kes mahkamah tak jejas Zahid di Bagan Datuk, kata penyokong

KALANGAN penyokong Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk percaya 87 kes mahkamah dihadapinya tidak mencalarkan imej dan menjejaskan tugasnya sebagai ahli Parlimen kawasan itu.

Mereka berharap beliau tetap bertanding di situ dan tidak dihukum pengundi dalam pilihan raya umum akan datang kerana melihat presiden Umno itu cemerlang menjaga kawasan tersebut.

Pengundi yang ditemui The Malaysian Insight berpendapat, khidmat Zahid di kawasan mereka tiada kaitan dengan kesnya yang sebahagiannya kini sedang dibicarakan di mahkamah.
Antaranya, M Subramaniam, 72, yang akan terus menyokong sekiranya Zahid mempertahankan kerusi Bagan Datuk.

“Kalau dia bertanding lagi akan datang mesti lagi banyak dia boleh buat. Kalau dia tak (jaga kawasan) kita pun tak sokong. Tapi dia betul-betul buat. Tak kira agama, bangsa, semua dia tolong,” katanya.

Jelasnya, ia menyebabkan mereka suka memilih Zahid dan membolehkan bekas timbalan perdana menteri itu kekal di kerusi tersebut sejak 1995.

Subramaniam juga berpendapat sejumlah 87 kes tersebut hanya satu serangan politik dan tiada kaitan dengan pengundi kerana ia hanyalah isu peribadi ke atas Zahid.

“Kita tahu Zahid banyak diserang, tapi dia banyak buat baik, kita suka…kes mahkamah itu lain, itu dia punya hal, kita tak boleh campur, tetapi kebaikan dia kita ceritakan,” kata pemandu lori itu.

Bapa kepada lapan anak itu berpendapat Zahid harus diberi penghargaan atas kemajuan di Bagan Datuk pada hari ini.

“Kes mahkamah dia memang ada tapi kawasan ini maju disebabkan Zahid, (kes) mahkamah itu kes dia (secara peribadi)...

“Bagan Datuk maju sebab Zahid, kawasan ini dulu cuma ada kelapa dan kelapa sawit tetapi sekarang sudah maju,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di kawasan itu.

Antara projek yang dikaitkan dengan usaha Zahid di kawasan itu termasuk pembinaan institusi pendidikan termasuk sekolah berasrama penuh dan kompleks sukan yang baru siap dibina.

Pengundi juga berkata mereka menikmati kemudahan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya yang lebih baik sepanjang pentadbiran Ahmad Zahid di kawasan itu.

Pembangunan itu menonjol terutama ketika Zahid menjadi timbalan perdana menteri, sebelum BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengundi juga memuji pembangunan kompleks Masjid Terapung Tuminah Hamidi, yang kini masih dalam pembinaan di tebing Sungai Perak dan bakal menjadi mercu tanda baharu di Bagan Datuk.

Pembinaan masjid yang menelan belanja RM38 juta itu bermula April 2017 dijangka mampu menampung kira-kira 5,000 jemaah.

Pengundi seperti Subramaniam suka melihat pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Perak menghubungkan Bagan Datuk ke Setiawan dan menganggapnya sebagai jasa Zahid.

Jambatan itu berhubung dengan laluan utama ke Sitiawan dan Manjung dan seterusnya ke utara melalui jalan pesisir pantai yang menurut mereka akan memesatkan pembangunan Bagan Datuk.

“Kita suka sekarang, umur saya sudah 72 tahun, (sepanjang waktu itu) tiada menteri yang pernah buat macam Zahid.

“Bila Zahid datang (menjadi wakil rakyat) barulah (Bagan Datuk) maju sikit, sebab itu kita suka. Kawasan kita dah maju sebab itu kita sokong dan hormat dia, kita suka dengan dia,” katanya.

Subramaniam bagaimanapun masih berharap Zahid dapat menyelesaikan isu kekurangan peluang pekerjaan di Bagan Datuk.

Seorang lagi pengundi, S Appalanaidu, 64, pula juga berpendapat perkhidmatan Zahid tidak harus tersekat disebabkan kes mahkamah yang dilaluinya.

“Kes mahkamah dia punya pasal, tapi di sini (prestasinya sebagai wakil rakyat) sangat bagus. Tak kira bangsa, semua bangsa dia bantu.

“Kita juga mahu undi Zahid sebab macam-macam dia buat di sini. Kes mahkamah dia tak (jejas khidmat), semua di sini (berpendapat) dia okay,” kata bekas kakitangan syarikat kelapa sawit itu.

Begitu juga Abdul Aziz Mohd Radzi, 69, yang berpendapat melihat kes mahkamah berkenaan tidak menjejaskan imej Zahid di kawasan itu.

Pemilik gerai makan di Hutan Melintang itu berpendapat kes pendakwaan terhadap Zahid terpisah dari khidmat bekas menteri itu di kawasan tersebut.

Beliau juga tidak menolak andaian bahawa wang didakwa diseleweng dari satu yayasan dalam salah satu kes dihadapi Zahid disalurkan untuk pembangunan kawasan terbabit.

“Kalau tengok daripada kes inilah, tak menyalahi juga sebab mungkin dia guna dana Yayasan Akalbudi untuk Bahagian Bagan Datuk. Itu pada pandangan saya,” katanya.

Segala dakwaan dan kes mahkamah tersebut dilihat tidak mengubah pendirian Abdul Aziz dari terus menyokong Zahid.

“InshaAllah saya akan undi Zahid, daripada dulu sampai sekarang, yang lari tak berapa kerat tetapi saya salah seorang yang akan membantu (kemenangan) dia. Banyak dia bantu rakyat Bagan Datuk.”

Pemimpin Umno usah bertelagah
 
Ahli Umno itu bagaimanapun kecewa apabila pemimpin parti seperti Tajuddin Abdul Rahman bertelagah secara terbuka dengan Zahid kerana ia mencalar imej parti.

Abdul Aziz merujuk pendedahan ahli Parlimen Pasir Salak minggu lalu mengenai usaha Zahid menjadikan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pada 2020.

Tajuddin juga mendedahkan usaha menggulingkan Zahid pada tahun itu, yang didakwa digagalkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Serangan itu dilancarkan Tajuddin selepas dipecat dari menganggotai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti Melayu itu, yang menurut Abdul Aziz tak sepatutnya berlaku.

“Saya rasa dalam parti Umno tak sepatutnya ada serang-menyerang antara satu sama lain.

“Jangan ada perpecahan antara Tajuddin dengan Zahid. Itu cerita dalaman, tak perlu dihebahkan keluar.

“Kalau apa pun kena tetap bersatu. Tuduh-menuduh itu tak sepatutnya diuar-uarkan keluar. Kena jaga imej Umno,” kata Abdul Aziz.

Seorang pemilik rumah tumpangan Koh Eng Soon, 42, juga melihat keupayaan Zahid menjaga kawasan Bagan Datuk sebagai alasan memilihnya sekali lagi dalam PRU15.

Beliau tidak mengikuti perbicaraan dihadapi Zahid pada waktu ini yang menurutnya berbeza dari isu kepelruan pengundi di Bagan Datuk.

“Kes mahkamah itu lain, dia jaga kawasan baik… Kalau undi, saya memang undi dia. Semasa dia jaga kawasan ini memang maju. Ada banyak projek (di Bagan Datuk), dia betul-betul buat kerja.

“(Perjalanan kes) saya tak ikut, tetapi memang saya nampak (pembangunan) di sini berlainan dengan dahulu,” kata anak kelahiran Bagan Datuk itu.

Sekiranya calon lain dipilih bertanding menggantikan Zahid, beliau akan menilai kemampuan individu itu untuk berkhidmat di Bagan Datuk.

“Kalau dia boleh bertanding memang saya sokong dia. Kalau dia tak boleh bertanding saya mahu tengok calon siapa, kita nak tengok orang yang boleh jaga kawasan.”

Dalam PRU14, Zahid berjaya kekal ke penggal keenam di Bagan Datuk apabila memperolehi majoriti 5,073 undi sewaktu menentang calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Zahid kini sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan – 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram.

Ia melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi yang mana beliau merupakan pengasas dan pemegang amanahnya.

Zahid juga berhadapan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara.– 6 Julai, 2022.



WOIT

ZAHID KENA

DAKWA BERAPA

KES?

KAH KAH KAH

DULU CAKAP 47

NAPA ARI NI

NAIK 87 ?

KAH KAH KAH

NAMPAK KERAJAAN

SABRI 114 NI ZALIM

SENGAJA NAK

KENAKAN ZAHID 

NAK AMBIL KERUSI PRESIDEN

AMIN

ZAHID PEMIMPIN

LURUS 

AMIN

YG JADIKAN

ZAHID BENGKOK

DAN SESAT 

IALAH NAJIB

AMIN

NAJIB KEPALA

SAMSENG YG

JADIKAN ZAHID

DARI BUDAK BAIK

ORANG PERAMAH 

SOSOK PEMURAH

MENJADI  KAKI

PUKUL

AMIN

TAK CAYA TANYA

ZAHRIN

AMIN

KHALAS 

K

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dunia akhir zaman bila penjenayah di angkat menjadi pemimpin, ostad bersengkongkol dengan penjenayah mentadbir negara

Tanpa Nama berkata...

Woit mana ada satu manusia bergelar ahli politik yang bersih, zaman TAR habis dah, selepas TAR semua pun geng penyamun, keluarga mereka kontrol semua, khazanah negara sampai anak beranak kaya raya, itu pun sokong cium tangan lagi, hancur lah, jangan salah cukong cari makan, otak pemimpin letak kat mana, sama di kendiri burit atau nafsu bontot kah kah