Sabtu, 5 November 2022

TAIKO SELANGOR KENA PANCUNG


Saya takkan lawan parti yang berjasa pada saya, kata Noh

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih Umno.

“Saya orang parti, takkanlah parti yang berjasa dengan saya, saya mahu lawan pula,” katanya ketika menjawab soalan media, susulan beliau tidak dinamakan sebagai calon untuk mempertahan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada pilihan raya umum kali ini.

Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan mengumumkan Ketua Wanita Umno Tanjong Karang Habibah Mohd Yusof, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN)  bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Tanjong Karang hari ini, Noh, yang mempertahankan kerusi itu enam penggal sejak 1995 berkata beliau akan turun berkempen bagi memastikan BN menang di Selangor.

“Saya sebagai pengerusi tentulah nak menang di Selangor. Insya-Allah, kita akan cuba yang terbaik,  kalau dalam keadaan tsunami pon Tanjong Karang boleh menang, kali ini dengan keadaan yang lebih baik, saya yakin Tanjong Karang boleh kekalkan kerusi parlimen,” katanya.

“Saya mula-mula menjadi calon pada 1995, saya tidak terfikir mahu menjadi calon, tiba-tiba dapat menjadi calon, siapa sangka? Paling penting keikhlasan dalam perjuangan, jangan sesekali kita bekerja nak kejar jawatan,” katanya yang akan hadir pada penamaan calon di Dewan Dato’ Hormat bagi memberi sokongan esok.

Dalam pada itu, Habibah berkata beliau berterima kasih kepada Noh dan parti, kerana memberi laluan serta peluang kepadanya untuk bertanding pada PRU15.

“Saya anak didik Tan Sri (Noh), saya pernah bekerja dengan Tan Sri, lebih kurang 10 tahun, banyak pengalaman yang saya timba. Saya tidak mahu terlebih konfiden, tetapi saya yakin dan percaya dengan bantuan serta pertolongan serta tunjuk ajar Tan Sri, kita boleh ulangi kegemilangan yang telah dibuat Tan Sri,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai penamaan calon PRU15 dan pengundian awal pada 15 November manakala hari pengundian pada 19 November. – Bernama, 4 November, 2022.

 

WOIT

MALAON NI

TAIKO SELANGOR

KAH KAH KAH

HEBAT ZAHID

PANCUNG TAIKO

KAH KAH KAH

TAIKO DAH

KAYA RAYA

KENA PANCUNG

TAK HAL

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

hamim berkata...

TT, kat Hokien ada tempua buat sarang kat pokok lagi ke tidak? Ada yang buat sarang rendah tak? Ingat pepatah melayu " jika tidak ada ada masakan tempua bersarang rendah", mungkinkah tempua bersarang rendah diTanjung Karang, Kerteh, Kota Tinggi....dan dan dan?

panglimo potaseh berkata...

Betul tu Noh Omar ..tompek jatoh lagi di konang ..masa dlm UMNO banyak dah masyuk. Kok Ahlol Syurga JJ dapat kompol 2300juta ..lu brapa ..? ..bilo nak buek pelastik sirjeri ..