Mahkamah Persekutuan silap tidak benarkan kes Najib ditangguh, kata Shafee
BEKAS perdana menteri Najib Razak tidak diberikan perbicaraan yang adil ketika prosiding di Mahkamah Persekutuan dalam rayuan kes SRC International tahun lalu selepas mahkamah menolak permohonan penangguhan kerana peguam belum bersedia, kata ketua pasukan peguam Muhammad Shafee Abdullah.
Shafee berkata atas kesilapan penghakiman mahkamah tertinggi itu, anak guamnya yang kini menjalani hukuman penjara tidak menerima perbicaraan yang adil.
Beliau merujuk kepada peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik yang tidak diberikan kebenaran penangguhan dan permohonan menarik diri juga ditolak.
“Mahkamah Persekutuan tidak boleh memaksa peguam meneruskan sesuatu kes di mana peguam itu tidak bersedia.
“Keadaan semasa berlaku kerana mahkamah. Meminta The kekal dan teruskan (membela Najib) bertentangan dengan peraturan kepada perbicaraan yang adil,” katanya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
Semakan kes Najib diteruskan dalam permohonan untuk membatalkan sabitan bersalahnya, dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Shafee berkata Mahkamah Persekutuan membuat kesilapan asas dalam memaksa Hisyam untuk mewakili Najib.
“Peguam tidak bersedia kerana beliau baru saja ambil alih kes itu. Sebab itu beliau minta penangguhan bagi membuat persediaan untuk berhujah dalam kes itu.
“Hisyam juga memberita pendaftar jika permohonan penangguhan itu ditolak beliau tidak ada pilihan kecuali menarik diri.
“Tetapi mahkamah tidak membenarkan penangguhan dan permohonan menarik diri.”
Pada 18 Ogos, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dalam rayuan akhir kes perbicaraan SRC International.
Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat berkata mahkamah ada bidang kuasa untuk peguam menarik diri. – 20 Februari, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan