Sabtu, 17 Jun 2023

JANGAN LUPA CAR BACA MEDIA MALAYSIA


Hamzah nafi kediaman diserbu LHDN

KETUA Pembangkang Hamzah Zainuddin menafikan laporan yang mendakwa kediamannya di Damansara diserbu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Khamis lepas.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan dakwaan itu adalah fitnah jahat terhadapnya.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Serbu itu bagaimana maksudnya? Saya nak maklumkan, sudah banyak fitnah dilakukan terhadap saya. 

“Saya tak mahu menjawab fitnah dan berita yang tersebar luas ini.

“Hari ini saya sudah ada maklumat contoh fitnah yang dibuat terhadap saya dulu. Saya sudah bawa laporan polis tadi. Tapi tak apalah kita pegang dulu sampai masa kita akan gunakan,” katanya pada sidang media selepas program pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri PN di Peringkat Marang, Terengganu, malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai serbuan tersebut.

Menurut laporan serbuan itu dibuat susulan dakwaan cukai pendapatan yang tidak dilaporkan.

Hamzah dikatakan berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun serta pemilikan aset telah dirampas.

Laporan media juga menyebut, LHDN tidak menyatakan secara terperinci serbuan itu mempunyai kaitan melibatkan cukai syarikat atau projek tertentu.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga merupakan ahli Parlimen Larut berkata akan mendedahkan bukti berhubung cubaan fitnah terhadapnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Insya-Allah pada PRN saya akan buktikan segala yang berlaku adalah fitnah semata-mana untuk memburukkan nama pemimpin PN bukan sahaja Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

“Begitu juga Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin PN yang difitnah,” katanya.

Pada Mei lalu, Hamzah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitkan ahli perniagaan, Sim Choo Thiam. 

Hamzah kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan berkata tindakan mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan PN.

Sim berdepan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, pada Jun dan Julai tahun lalu. – 17 Jun, 2023.

WOIT

JANGAN LUPA

CARA BACA MEDIA

MALAYSIA

KAH KAH  KAH

SAJE INGTAKAN

JANGAN MARAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: