Rabu, 25 Oktober 2023

HADI BERI AMARAN PADA ANWAR

Kalau kerajaan tak bela undang-undang syariah, PN akan bertindak

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) memberi amaran kepada Kerajaan Perpaduan agar lantang membela undang-undang syariah dan hukum ditetapkan Islam supaya ia tidak dicabar pihak tidak bertanggungjawab.

Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya langkah itu tidak diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, maka PN akan bertindak.

“Saya beri amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana ini (tindakan mecabar undang-undang syariah) menyentuh umat Islam, Allah dan institusi diraja.

“Kalau PH tidak mahu bertindak, kami (PN) akan bertindak. Bagaimana kami mahu bertindak, tunggu dan lihat,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, ketegasan itu perlu kerana syariah Islam kini dicabar.

“Sekarang ini pandai-pandai cabar Islam, cabar mahkamah syariat. Ini satu kerja yang orang Islam tidak boleh biarkan sekali-kali.

“Keadaan yang munasabah, kalau nak bawa ke mahkamah, kita pergi, ke mana pun kita pergi sehingga kita berjaya pertahankan kedaulatan syariat ini.

“Bukan bermakna kita menafikan hak orang bukan Islam, sebab dalam Perlembangaan Persekutuan kebebasan kaum lain dijamin, ini dipersetujui parti yang terlibat dalam kemerdekaan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menyebut secara spesifik pihak mana yang mencabar undang-undang syariah.

Ogos lalu, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan telah mendengar petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut, terbatal dan tidak sah.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel bersidang mendengar petisyen difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada prosiding itu, mahkamah sebulat suara menolak permohonan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) untuk bertindak sebagai pencelah dalam pendengaran petisyen berkenaan atas alasan permohonan itu tidak berasas.

Ketika menolak permohonan itu, Hakim Tengku Maimun menarik perhatian semua pihak dan menegaskan, petisyen berkenaan hanya berkaitan pentafsiran perkataan-perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada kena mengena dengan doktrin Islam.

Dalam prosiding itu, peguam  Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kedua-dua pempetisyen berhujah, 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bertindan dengan undang-undang Persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.

WOIT

HADI BERI

AMARAN

KAH KAH KAH

NAK BERTINDAK

MACAM MANA

AMIN

NAK BUAT

DEMO ATAU

NAK AMBIL ALIH

KERAJAAN

AMIN

JADI 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi lupa, musuh sebenar bukan Anwar tapi orang sendiri jugak. Tuan Ibrahim sekarang sedang bekerja keras untuk mendapatkan jawatan presiden pas. Ada sebab² yang dia percaya Hadi tak akan jadi presiden lagi. Dia berharap PRU 16 nanti pas akan capai kemenangan besar dan dia akan jadi perdana menteri. Dia ada keyakinan. Dia tak berapa kuat ponteng parlimen. Dia juga tak cakap hari ini lain esok cakap lain. Dia juga bukan jenis tanya lain jawab lain. Dia pun ulamak jugak. Tiada lagi sosok dalam pas yang boleh menandingi tuan Ibrahim sekarang. Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...


Mamat alkazab bersuara. Bayar dulu duit hutang kepada printery. If you are going to bluff, make it a big one. Kah kah kah.