Ahad, 21 Januari 2024

NAJIB DIBERI DNAA ?


Tiada DNAA untuk kes rasuah babit ahli politik, kata Bersih

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini menggesa peguam negara “supaya segera berhenti mengemukakan permohonan melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap kes rasuah yang melibatkan ahli politik”.

“Kami menolak DNAA untuk mana-mana ahli politik daripada mana-mana parti yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pecah amanah.

“Kami menggesa mereka yang berdepan pertuduhan rasuah supaya membela diri dan dibicarakan secara adil di mahkamah, bukannya menggugurkan pertuduhan mereka dengan ‘pemberian’ DNAA,” kata pertubuhan masyarakat sivil itu.

Kenyataan kumpulan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenyataan peguam negara baru-baru ini bahawa bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara boleh memohon pembebasan penuh atau DNAA pada September jika pihak pendakwa masih belum membuat keputusan berhubung representasinya untuk menggugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumnlah RM27 juta melibatkan dana SRC International.

Bersih berkata jika amalan itu berterusan, ia dibimbangi akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasa undang-undang khususnya Jabatan Peguam Negara.

Gabungan itu juga membidas peguam negara berhubung kenyataannya pada 15 Januari yang berkata pendakwa raya tidak perlu memberi penjelasan selepas memohon untuk menarik balik pertuduhan.

Menurut Bersih, itu sama sekali tidak boleh diterima terutamanya apablia kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan mengaitkan ahli politik di peringkat tertinggi kerajaan.

Ia kemudiannya meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan garis masa pelaksanaan cadangan pasukan petugas khas untuk memisahkan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Bersih berkata ia akan sentiasa mengingatkan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan tentang janji dan prinsip reformasi gabungan itu sebelum mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

“Rakyat sedang memerhati dan jika DNAA terus diberikan untuk kes rasuah yang melibatkan ahli politik, kepercayaan rakyat terhadap institusi awam kita akan terhakis.

“Jangan ambil remeh”. – 20 Januari, 2024.


BERSEDIA

JIKA NAJIB DAPAT

DNAA

KITA TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: