Sabtu, 27 Januari 2024

RAKYAT TUNGGU AKSI



Kaji semula langkah mansuh skim pencen - Pemuda PN

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan semula keputusan memansuhkan skim pencen bagi lantikan baharu penjawat awam.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pihaknya menyedari kepentingan rombakan dan penyusunan semula pengurusan perbelanjaan pencen untuk pesara demi kestabilan kewangan negara.

Bagaimanapun, katanya, kajian lebih teliti perlu dilaksanakan.

"Keputusan semasa Kabinet untuk menamatkan skim pencen bagi kakitangan kerajaan baharu yang diambil secara tetap memerlukan penilaian lebih teliti.

Skim tidak berpencen turut terpakai bagi lantikan politik - Anwar

"Ia perlu mengambil kira hak pencen yang jelas dinyatakan dalam Artikel 147 Perlembagaan Malaysia dan Akta Pencen 1980 (Akta 227).

"Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah menegaskan kerajaan Persekutuan tidak akan menarik balik skim pencen, memandangkan peruntukan itu jelas dalam Perlembagaan.

"Keputusan ini harus dipertimbangkan kembali dengan membabitkan semua pihak terkait," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau berkata, status berpencen penjawat awam sedia ada tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Wan Ahmad Fayhsal berkata, wujud keperluan mendesak bagi kerajaan menimbang kembali keputusan itu dan mencari penyelesaian alternatif yang tidak hanya menguntungkan rakyat tetapi juga membantu mengurangkan beban kewangan negara, selaras janji sebelum ini.



WOIT

NAK KAJI

APA LAGI

KAH KAH KAH

KEMPEN SUSUN

BANTAH

AMIN

TAK PERLU

BANYAK CAKAP 

AKSI MAHU

KHALAS

Tiada ulasan: