Ahad, 25 Februari 2024

ORANG ASLI BANGUN MELAWAN


Empangan Nenggiri tak hanya musnahkan Kg Orang Asli, dakwa aktivis
Pihak yang menyokong pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang berulang kali memberi jaminan hanya tiga perkampungan Orang Asli akan terjejas selama-lamanya apabila air memenuhi empangan itu kelak.

Jaminan sedemikian, bagaimanapun, tidak meyakinkan pengkritik dan malah penduduk kampung yang dikatakan tidak akan terjejas dengan projek berkenaan.

Bagi Nora Kantin, hanya tunggu masa sahaja sebelum kampungnya - Kampung Angkek, juga dikenali sebagai Kampung Podek - tidak lagi dapat didiami.

“Kami diberitahu kampung kami tidak akan musnah tetapi melihat lokasi kampung kami, saya tahu ia akan musnah juga.

Kami tinggal di kawasan tanah rendah," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Pengerusi Jaringan Orang Asli Wilayah Kampung Angkek itu berkata sekiranya kampung mereka tidak musnah, tanah ladang mereka pasti terkesan.

“Saya telah melihat apa yang berlaku kepada Orang Asli di empangan hidroelektrik di Perak. Mereka kini tinggal berhampiran sungai dengan kawasan yang lebih kecil untuk bercucuk tanam. Adakah itu sesuatu yang baik untuk kita?” katanya.

Mengenai dakwaan empangan itu dibina bagi menyalurkan bekalan air ke perkampungan Orang Asli, Nora berkata penyediaan air paip sudah memadai.

Sementara itu, Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) Hafizudin Nasarudin melahirkan kebimbangan mengenai ketiadaan jalan alternatif untuk Orang Asli ke pekan terdekat iaitu Kuala Betis - sebaik jalan utama ditenggalami air.

“Projek itu akan menenggelamkan jalan utama sehingga menyebabkan penduduk kampung memerlukan tambahan dua hingga tiga jam perjalanan, selain membelanjakan lebih banyak wang untuk petrol dan menyewa pacuan empat roda,” katanya.

'Tiada siapa yang tanya kami'

Wakil Gabungan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along sebelum ini memberitahu Malaysiakini terdapat ratusan penempatan di lapan zon - Wias, Pasik, Gob, Simpor, Tohoi, Bihai, Angkek, dan Depak - di sepanjang Sungai Nenggiri.

Daripada lapan zon ini, tiga kampung - Pos Pulat, Pos Tohoi, dan Kampung Kuala Wias - dijangka ditenggelami air sepenuhnya sebaik empangan Nenggiri beroperasi sepenuhnya pada 2027.

Seramai 1,200 Orang Asli dijanjikan akan dipindahkan dan diberikan rumah di kampung baru sebagai pampasan.

Aktivis mendakwa kira-kira 3,000 Orang Asli di Gua Musang - kebanyakannya daripada suku Temiar - menentang empangan Nenggiri, yang mula dibina pada awal 2022.

Nora berkata, ramai penduduk kampung terkejut apabila mendengar kenyataan mengatakan mereka bersetuju dengan projek itu.

“Tiada sesiapa datang kepada kami dan membincangkannya. Tiba-tiba, ada kenyataan media mendakwa Orang Asli bersetuju dengan projek itu sedangkan majoriti kita menentangnya,” katanya.

Dia juga tidak mengetahui tentang bantuan kerajaan sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan kepada Orang Asli yang terjejas akibat projek itu.

“Saya tidak tahu tentang bantuan itu. Tetapi saya rasa peruntukan itu adalah untuk mereka yang bersetuju dengan projek itu,” katanya.

Selain menjana elektrik dan membekalkan air untuk minuman dan pengairan, kerajaan negeri Kelantan memaklumkan empangan Nenggiri dibina untuk mengawal banjir dan mewujudkan peluang pekerjaan.

​Pekerjaan bukan segala-galanya

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menyeru masyarakat Orang Asli terlibat sama dalam pembangunan kerana ia memberi impak positif yang besar kepada ekonomi dan masyarakat.

Bagaimanapun, Hafizudin berkata terdapat satu lagi hal yang perlu diberi perhatian.

“Kalau kita fikir dari sudut (perspektif) ekonomi, semuanya akan memberi peluang pekerjaan, malah perlombongan juga menyediakan pekerjaan. Tetapi kita perlu lihat kepada kesan sosial dan alam sekitar,” katanya.

Ini katanya termasuk pertimbangan apakah kerosakan terhadap ekologi di kawasan sekitar akan turut menjejaskan empangan tersebut.

Dia berkata, Sungai Nenggiri dan anak-anak sungai lain - yang akan mengalir ke empangan itu - telah pun keruh dengan mendapan akibat penebangan hutan untuk penanaman durian Musang King dan ladang kelapa sawit.

“(Endapan) akhirnya akan menjejaskan turbin air empangan.

“Situasi yang sama juga berlaku di empangan hidroelektrik Sultan Abu Bakar Cameron Highland, yang tidak lagi beroperasi.

“Jadi, bolehkah empangan Nenggiri kekal mampan selama-lamanya?” katanya.

Pada 2023, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memaklumkan lapan empangan, termasuk empangan Sultan Abu Bakar, telah rosak dan boleh menimbulkan ancaman kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku sebarang masalah.

Hafizudin berkata mereka yang bertanggungjawab bukan sahaja "melepaskan tengkuk mereka" memandangkan projek itu bukan sahaja menjejaskan mata pencarian Orang Asli tetapi juga warisan budaya mereka.

EMPANGAN

SEKALI PANDANG

MASUK AKAL

AMIN

BILA DIHALUSI

BARU DISEDARI

JUTAAN TAHUN

LALUAN AIR

KITA MANUSIA

SECARA ANGKUH

BUAT KACAU

LALUAN AIR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: