Ahad, 11 Februari 2024

UMUR ENAM TAHUN DIBUNUH ZIONIS



Hind akhirnya ditemukan maut selepas 12 hari diserang Israel
GAZA CITY – Seorang kanak-kanak Palestin yang membuat panggilan kecemasan kepada Bulan Sabit Merah Palestin (PRC) 12 hari lalu meminta pertolongan kerana kenderaan yang dinaiki bersama keluarga bapa saudaranya diserang tentera Israel ditemukan maut.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, mayat Hind Rajab berusia enam tahun bersama lima ahli keluarganya ditemui di kawasan Tal Al-Hawa, barat daya Bandar Gaza.

Kawasan berkenaan telah dikepung oleh pasukan tentera Israel termasuk kereta kebal.

Sumber perubatan melaporkan bahawa keluarga Hind menemui mayatnya pagi ini bersama-sama mayat keluarga bapa saudaranya yang terperangkap di dalam kenderaan itu di sekitar Bulatan Kewangan.

Hind menaiki kenderaan bersama bapa saudaranya Bashar Hamada, isterinya dan tiga anak mereka untuk pergi ke kawasan selamat.

Mereka telah bertolak dari rumahnya di Gaza City pada 29 Januari iaitu hari tentera Israel telah memberitahu orang ramai untuk mengosongkan kawasan di barat bandar dan bergerak ke selatan di sepanjang jalan pantai.

Bagaimana pun kereta kebal Israel mengepung mereka di sekitar Bulatan Kewangan di kejiranan Tel al-Hawa di Bandar Gaza.

Kereta kebal itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka yang mengakibatkan kematian semua penumpang kecuali Hind dan sepupunya, Layan Hamadeh.

Dalam panggilan kepada PRC yang dirakam, yang dibuat oleh sepupu Hind, Layan Hamadeh, 15, tangisan meminta tolong kedengaran di tengah-tengah bunyi tembakan sengit.Kemudian suara Layan terhenti dan panggilan terputus.

PRC kemudian menelefon semula nombor berkenaan dan kedengaran suara Hind menangis dan meminta bantuan.

“Kereta kebal itu ada di sebelah saya. Ia bergerak.”

Duduk di pusat panggilan kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin, penerima panggilan, Rana cuba memastikan suaranya tenang.

“Adakah ia sangat dekat?”

“Sangat, sangat,” suara kecil itu menjawab. “Sudikah awak datang ambil saya? Saya sangat takut.”

PRC menghantar pasukan penyelamat, terdiri daripada paramedik Yousef Zieno dan Ahmed Almadhoun untuk mencari dan menyelamat di tengah-tengah serangan Israel yang menggila.-Agensi

INI BUKTI

KEPADA DUNIA

ZIONIS MELAKUKAN

GENOSIDA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang di Palestine.... 30 tahun lagi Dari sekarang akan berlaku di Malaysia

Seorang ibu warga Palestin terpaksa memberikan bayinya menghisap kurma gara-gara kesukaran mendapatkan bekalan susu selepas serangan berterusan oleh Zionis Israel.

Video bayi menghisap kurma tersebut dikongsikan seorang wartawan di Palestin, Hani Aburezeq pada Instagram hari ini sekali gus mendapat perhatian daripada penduduk seluruh negara.