Jumaat, 24 Mei 2024

PANAS BAWA MAUT



Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, hari ini.

Suhu dijangka semakin meningkat di tengah-tengah ramalan gelombang haba yang teruk.

Cuaca panas terik di utara negara itu menimbulkan kebimbangan ketika pilihan raya umum besar-besaran dan ibu negara, New Delhi akan mengundi pada Sabtu dalam suhu yang diramalkan sekitar 45 darjah Celsius.

Suhu musim panas di India sering memuncak pada Mei, namun saintis meramalkan lebih banyak hari akan berdepan gelombang haba, berbanding kebiasaan pada tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan lebih sedikit hujan petir bukan monsun dan fenomena cuaca El Nino yang aktif tetapi semakin lemah.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan kematian di Rajasthan dipercayai berpunca daripada individu yang jatuh sakit ketika cuaca panas terik.

Pegawai pengurusan bencana negeri memberitahu Reuters, mereka masih belum dapat memastikan punca kematian kerana pemeriksaan perubatan tidak lengkap.

Berita itu datang selepas bandar Barmer di Rajasthan mendahului carta suhu minggu ini dengan rekod 48.8 darjah Celsius pada Khamis.

Pegawai cuaca memberi amaran mengenai keadaan daripada gelombang haba hingga gelombang haba teruk di banyak bahagian negeri itu serta di negeri utara Punjab dan Haryana.

Pegawai cuaca India menetapkan ambang gelombang haba pada suhu maksimum 40 darjah Celsius di dataran negara itu dan boleh melepasi sekurang-kurangnya 4.5 darjah Celsius daripada suhu maksimum biasa.

Sementara itu, di negeri selatan Kerala berlaku sebaliknya, apabila sekurang-kurangnya tujuh maut akibat hujan sebelum monsun yang kira-kira 18 peratus lebih lebat daripada biasa, membawa banjir yang mengganggu jadual penerbangan di beberapa kawasan. - REUTERS

MALAPETAKA 

IKLIM

AMIN

PANAS BAWA

MAUT

HUJAN BAWA

MAUT

AMIN

IKLIM DUNIA

MAKIN BAHAYA

KHALAS

Tiada ulasan: