Isnin, 23 September 2024

PERANGAI SETAN MENYAMAR NABI



Jangan cakap seperti nabi, buat seperti setan – Tun M

KUALA LUMPUR –  Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa tuduhan bahawa beliau mencuri berbilion ringgit duit kerajaan sebagai fitnah.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pihak berkenaan tidak dapat memberikan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan, justeru anaknya diseret dalam dakwan tersebut.

Serentak itu, Dr. Mahathir menggesa pihak terbabit untuk tidak berlagak seperti nabi namun realiti bersikap seperti setan.

“Cakap tidak serupa bikin. Tidak dapat tanduk telinga dipulas. Tidak dapat saya, kacau anak saya. Jangan cakap seperti nabi, buat seperti setan,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Pengerusi Bersatu itu berkata, sehingga kini pihak yang menuduhnya mencuri duit kerajaan tidak dapat memberikan sebarang bukti terhadap dakwaan itu.

Menurut Dr. Mahathir, fitnah yang dilemparkan disebabkan perasaan benci terhadap dirinya.

“Yang menuduh sehingga sekarang tidak dapat bukti saya curi duit. Saya bagi masa untuk tunjuk bukti. Diminta dua minggu untuk tunjuk bukti. Sekarang lebih satu tahun, tidak tunjuk bukti.

“Tuduhan ini adalah fitnah. Kenapa fitnah saya? Kerana benci saya…Wah sekarang jangan tunjuk benci, kata sipolan. Tetapi kaki benci ialah orang yang suruh kita jangan cakap benci,” kata Dr. Mahathir.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak Dr Mahathir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, dua anak Mahathir iaitu Mirzan dan  Mokhzani telah melakukan pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan siasatan dan pelarasan berhubung pengisytiharan itu dengan pihak peguam.

Pada Ogos lalu, SPRM bersetuju melanjutkan masa kepada dua anak negarawan itu untuk mengisytiharkan aset masing-masing sehingga pertengahan September ini.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari mengisytiharkan aset mereka sejak 1981 di mana Dr Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri kemudian mereka telah menerima dua tempoh lanjutan berbanding tarikh akhir asal pada Februari.

Kedua-dua anak Dr. Mahathir dalam kenyataan pada April mendakwa keseluruhan siasatan terhadap mereka adalah untuk menentukan sama ada bapa mereka, Dr Mahathir telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk memperkayakan mereka. 


WOIT

APAKAH MAIN

BONTOT SATU

JENAYAH ?

AMIN

SAJE TANYA

KERANA MAKIN

BANYAK KES

MAIN BONTOT

BERLAKU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: