Jumaat, 18 Oktober 2024

DENGAR APA KATA KETUA POLIS


Trend pegawai polis terlibat jenayah, dadah semakin meruncing

KUALA LUMPUR – Trend penglibatan pegawai polis dalam salah laku jenayah, dadah dan disiplin semakin meruncing.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain berkata, terdapat pegawai dan anggota polis bukan sahaja gagal dalam penyeliaan, malah ada yang turut sama terlibat dalam kes jenayah.

Beliau merujuk kepada kes terkini iaitu seorang Asisten Superintendan bersama enam Pegawai Rendah Polis yang ditahan kerana melakukan pemerasan dan cabul ke atas seorang wanita semasa siasatan kes narkotik.

Razarudin turut menambah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman juga akan lebih proaktif dalam mengesan salah laku pegawai polis.

“Justeru, saya mahu penyeliaan secara close monitoring dilaksanakan dengan lebih berkesan antaranya melalui pelaksanaan ujian saringan awal urin secara berkala.

“Selain itu, penyelia perlu memantau pegawai yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan.

“Tindakan tegas harus diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terkesan penglibatan dalam gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, mahupun lain-lain kesalahan yang berkaitan,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara Bulan Oktober 2024 di Bukit Aman, hari ini.

Tegas Razarudin, beliau tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang terlibat dalam masalah salah laku dan memberi imej buruk kepada pasukan PDRM.

Katanya, kepincangan yang berlaku tidak harus dipandang remeh, malah perlu dijadikan iktibar supaya tidak berulang. 

WOIT

INI KATA KETUA

POLIS NEGARA

AMIN

DIA TAHU APA

YANG BERLAKU

AMIN

APA YANG DAPAT

KITA BANTU ?

AMIN

RAKYAT BERHARAP

PADA PDRM

JIKA PDRM HANCUS

KITA SESAMA

HANCUS

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kalau Pegawai Polis buat kerja jenayah macam mana lagi mau hokom mereka. Tiap-tiap malam di TV ade je berita Pegawai Polis bikin jenayah. Hokoman Polis yg buat jenayah amat berat, sabit kesalahan hokoman nya amat berat, mereka akan di tukar balai atau di tukar jabatan. Jadi apa lagi kita nak buat agar Polis buat kerja jaga keamanan dan chekoop penjahat.