Johor wujudkan 21 lokasi bank makanan untuk gajah liar
KOTA TINGGI – Johor bakal wujudkan 21 lokasi bank makanan untuk gajah sebagai langkah jangka masa panjang dalam menangani konflik pertembungan gajah dan manusia.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, setakat ini empat lokasi bank makanan sudah pun beroperasi di negeri ini.
Beliau memberitahu, dua lagi bank makanan iaitu di Santuari Gajah Johor (JES) di sini sedang dalam proses untuk disiapkan.
“Dengan adanya lokasi food bank (bank makanan) untuk gajah, kita akan dapat menarik gajah-gajah datang untuk mendapatkan makananan.
“Contohnya JES dengan keluasan 72 hektar di tebing hutan Panti di sini mempunyai fungsinya sendiri. Ini juga sebagai satu pusat penyelidik dan penyelamat gajah,” katanya kepada pemberita selepas melawat JES di sini hari ini.
Menurutnya, semua kemudahan untuk mamalia itu adalah hasil kerjasama serta kajian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan universiti tempatan.
Selain itu, Tian Soon berkata, sebanyak RM9 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi membina pagar elektrik seluas 16 kilometer di sekitar Hutan Panti di sini.
Jelasnya, langkah itu bagi mengelak kumpulan gajah masuk sembilan buah kampung berdekatan dan menghalangnya daripada mengganggu kawasan pertanian dan penempatan.
Pada masa sama, kata beliau, pagar tersebut akan memudahkan gajah berkenaan memasuki kawasan JES bagi mendapatkan makanan.
“Mudah-mudahan dengan adanya inisiatif ini, konflik antara gajah manusia di kawasan sini dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus.
“Pada tahun ini sahaja terdapat 64 aduan berkenaan konflik itu diterima di Johor dan di Kota Tinggi adalah yang paling tinggi,” katanya.
Selain langkah jangka masa sederhana dan panjang, pihaknya juga melakukan langkah jangka pendek dengan melakukan inisiatif tangkap dan pindah bagi mengurangkan masalah tersebut.
Dalam ada itu katanya, JES dalam proses membina kolam, laluan pejalan kaki dan lain-lain sebelum dibuka kepada orang ramai pada 2026 sekali gus menjadi pusat pelancongan baharu di Johor.
Difahamkan ketika ini dianggarkan terdapat 120 hingga 160 ekor gajah liar di Johor yang berkeluaran di sekitar daerah Segamat Kluang Mersing dan Kota Tinggi.
Menurusi JES di sini nanti akan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 30 ekor gajah liar.
Pembukaan JES berupaya meningkatkan kualiti habitat mamalia berkenaan selain mengurangkan konflik pertembungan antara gajah dan manusia.
Gajah yang akan ditempatkan di JES itu terdiri daripada gajah yang tercedera, terkena jerat atau terpisah daripada kawanannya.- MalaysiaGazette
2 ulasan:
nak tanya berapa kos atau peruntukan untuk agenda ini! satu lagi hal nak tanya gajah boleh mengundi ? jika tak ganggu habitat setiap haiwan Okey apa, dia tak kacau k'jaan perpaduan madani , haiwan belum ada kes hasutan & 3R!! cuba confirm dgn AG office!!
Sohai la..bank makanan untuk apa...jaga hutan la..jangan asyik tebang tanam sawit..cheebai ini apa nak dibanggakan?
Catat Ulasan