Ahad, 2 Februari 2025

PROJEK HAPUSKAN PALESTIN DI TERUSKAN

 


Israel teruskan operasi di Tebing Barat, 5 terbunuh

RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan tentera Israel membunuh lima penduduk tempatan dalam serangan berasingan semalam dekat Jenin, Tebing Barat yang diduduki, menerusi operasi besar-besaran.

Serangan udara Israel di kawasan kejiranan dekat timur Jenin membunuh seorang remaja berusia 16 tahun, Ahmad al-Sadi manakala dua lagi mangsa cedera parah.

Serangan kedua menyasarkan sebuah kereta membunuh dua orang di bandar Qabatiya, sementara serangan ketiga meragut dua nyawa di tengah Jenin.

"Selepas serangan yang membunuh remaja, serangan dron Israel membedil sebuah kereta di Qabatiya dan membunuh dua pemuda.

"Beberapa minit kemudian, satu lagi serangan dron di Jenin, membunuh dua lagi pemuda yang menunggang motosikal," katanya.

Tentera Israel mengesahkan pihaknya membedil sebuah kereta di kawasan Qabatiya.

"Ia adalah sebahagian daripada operasi antikeganasan di utara Samaria (kawasan paling utara di Tebing Barat), sebuah pesawat tentera udara Israel membedil sebuah kenderaan yang membawa 'pengganas' dalam kawasan Qabatiya," katanya.

Mengenai serangan yang meragut nyawa seorang pemuda, tentera Israel berkata tentera udara menggempur 'pengganas bersenjata' di kawasan Jenin.

Pada bulan lalu, tentera Israel melancarkan operasi serangan yang digelar 'Tembok Besi', bertujuan membasmi kumpulan pejuang Palestin di Jenin.

Jenin dan kem pelarian bersebelah didakwa menjadi pusat pejuang Palestin dan keganasan, sejak perang Gaza meletus pada 2023.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tentera bersama peneroka haram Israel membunuh sekurang-kurangnya 881 rakyat Palestin, termasuk ramai pejuang di Tebing Barat sejak permulaan perang.

Israel pula merekodkan sekurang-kurangnya 30 warganya terbunuh dalam serangan di wilayah itu dalam tempoh sama.

Pada Khamis lalu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan tentera Israel baru saja membunuh dua lagi rakyat Palestin di Jenin, selepas Israel mengumumkan seorang tenteranya terbunuh. - AFP

PROJEK

HAPUSKAN 

PALESTIN

TERUS BERJALAN

AMIN

NEGARA ARAB

TAK AMBIL POT

AMIN

NEGARA ISLAM

SOKONG ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

ANGKAT SENJATA

DAN LAWAN

KHALAS 

Tiada ulasan: